Berita Harian

Perodua eksport model Axia untuk pasaran Seychelles

Langkah manfaatkan pasaran eksport masa depan syarikat

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melebarkan pasarannya ke negara kepulauan Seychelles menerusi model Axia yang dilancarka­n kelmarin.

Ia ditawarkan dalam varian E MT, G AT, SE dan AV, dengan harga promosi masing-masing 235,000 Rupee Seychelloi­s (RM71,500), 265,000 Rupee Seychelloi­s (RM80,600), 275,000 Rupee Seychelloi­s (RM83,700) dan 290,000 Rupee Seychelloi­s (RM88,300).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n, Perodua berkata, semua varian dikuasakan oleh enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan ‘intelligen­t variable valve timing’ yang disambungk­an kepada transmisi manual limakelaju­an bagi varian E MT dan transmisi automatik empatkelaj­uan bagi varian lain.

Perkenalka­n jenama

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata pihaknya sangat teruja untuk mengekspor­t kenderaan Perodua ke Seychelles kerana ia memberi peluang kepadanya untuk memperkena­lkan jenama berkenaan kepada masyarakat berbilang bangsa yang berkunjung ke negara ini untuk bercuti.

“Kami percaya bahawa ini akan memanfaatk­an pasaran eksport masa hadapan kami,” katanya.

“Perodua melantik SF Hybrid Motors Pty Ltd sebagai pengedar rasminya di Seychelles bagi mengendali­kan jualan dan lepas jualan di sana.

“Baru-baru ini, Perodua dan SF Hybrid Motors telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) bagi memasarkan model Perodua di Seychelles kepada pembeli individu dan rangkaian,” katanya di Victoria, Seychelles.

Selain Seychelles, Perodua juga mengekspor­t ke Mauritius di benua Afrika yang mana lebih 3,000 unit kenderaann­ya dijual sejak 1996.

Terus perluas perniagaan

Mengulas lanjut, Zahari berkata, pihaknya mengakui bahawa prestasi eksport Perodua masih tidak signifikan pada masa ini, namun syarikat itu gigih berusaha untuk mengembang­kan perniagaan­nya.

“Kami sedang bekerjasam­a dengan rakan teknikal dan teknologi kami, Daihatsu Motor Company of Japan dengan memanfaatk­an pengalaman dan rangkaian mereka untuk merancangk­an eksport yang lebih mampan dan menguntung­kan,” katanya.

Beliau menambah bahawa Seychelles adalah destinasi popular bagi pelancong Eropah dan Afrika dan ini akan membuka lebih banyak peluang eksport melalui pendedahan jenama Perodua.

Sementara itu, Pengarah SF Hybrid Motors, Christophe Larue, berkata beliau amat berbesar hati untuk membawa Perodua ke Seychelles.

“Kami percaya sepenuhnya kepada Perodua dan oleh itu kami menawarkan waranti tiga tahun sehingga 100,000 kilometer.

“Perodua Axia amat sesuai untuk pasaran Seychelles - ia menawarkan gaya, keselamata­n, ciri pintar serta kos pemilikan, servis dan alat ganti yang rendah,” katanya.

Seychelles adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 115 pulau di Lautan Hindi, sebelah timur daratan Afrika.

 ??  ?? Zahari (kanan) bersama Larue (kiri) selepas majlis menandatan­gani MOU di Seychelles, baru-baru ini.
Zahari (kanan) bersama Larue (kiri) selepas majlis menandatan­gani MOU di Seychelles, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia