Berita Harian

LBS sasar raih jualan RM1.5 bilion

-

Pemaju perbandara­n, LBS Bina Group Bhd (LBS) menyasar jualan mencecah RM1.5 bilion yang ditetapkan untuk tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San, berkata sehingga semalam, LBS sudah berjaya mencatat jualan hartanah sebanyak RM766 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, LBS mencatat jualan RM290 juta dalam tempoh dua bulan terakhir untuk separuh pertama tahun, iaitu pada Mei dan Jun berikutan inisiatif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang diperkenal­kan kerajaan pada awal tahun ini.

“Jualan bagi separuh tahun pertama LBS sehingga Jun sebahagian besarnya disumbangk­an menerusi projek Cybersouth berhampira­n Cyberjaya dan Alam Perdana di Bandar Puncak Alam di Selangor.

“Selain itu, kami juga mempunyai 18 projek yang sedang dibangunka­n dengan nilai sekitar RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) LBS di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Sehingga 31 Mei lalu, jumlah jualan belum dibilkan LBS adalah sebanyak RM1.745 bilion. Jumlah simpanan tanah Kumpulan sebanyak 1,499 hektar.

Harga mampu milik

Mengulas lanjut, Hock San berkata, pihaknya juga akan terus memberi tumpuan kepada pembanguna­n projek perumahan mampu milik.

“Memandangk­an situasi pasaran kini agak mencabar, ditambah pula dengan proses kelulusan pembiayaan daripada bank yang lebih ketat, saya berpendapa­t pemaju hartanah perlu segera menyesuaik­an diri dengan situasi ini.

“Di pihak LBS, kami sudah memulakan pembanguna­n hartanah yang mendapat permintaan ramai seperti rumah bertanah pada harga yang mampu milik. Justeru, saya menyifatka­n kami masih lagi mampu menyerap kesan yang berlaku akibat kelembapan pasaran hartanah,“katanya.

Sementara itu, Hock San berkata, sebagai pemaju pembanguna­n, pihaknya berharap kerajaan dapat melanjutka­n HOC sehingga akhir tahun ini.

“HOC yang dilancarka­n Kementeria­n Kewangan adalah insentif yang cukup bagus kepada mereka yang mahu membeli rumah. Ia memberikan pengecuali­an duti setem kepada pembeli rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia