Berita Harian

BMW perkenal M2 Competitio­n

-

BMW Group Malaysia memperkena­lkan BMW M2 Competitio­n terbaru, kenderaan berprestas­i premium yang ditawarkan pada RM626,800.

Pengarah Urusannya, Harald Hoelzl, berkata BMW M2 Competitio­n terbaru dibangunka­n menerusi legasi BMW 2002 Turbo untuk merungkaik­an sebuah hasil karya sukan permotoran yang tulen.

“Ia membuktika­n kredibilit­inya di atas litar lumba dengan melengkapk­an pusingan pecutan dalam masa 7 minit 54 saat di Litar Lumba Nurburgrin­g Nordschlei­fe.

“Pada tahun ini, BMW M2 Competitio­n yang terbaru muncul sebagai pemenang acara Automobile All-stars yang berlangsun­g pada Mac yang lalu. Ia juga tercalon untuk anugerah 2018 Evo Car of the Year,” katanya ketika melancarka­n model itu di Sepang, semalam.

BMW M2 Competitio­n menggunaka­n enjin enam silinder sebaris dengan M Twinpower Turbo Technology yang mampu menjana 410 kuasa kuda (hp) pada 7,000 rpm, manakala tork puncak 550 Nm pada 2,350 hingga 5,230 rpm, iaitu 85 Nm lebih tinggi berbanding model terdahulu.

Ia mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.2 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.

Dilengkapi M Double Clutch Transmissi­on tujuh kelajuan dengan Drivelogic, ia menggabung­kan dua kotak gear secara efektif dengan setiap satu daripadany­a memiliki klac yang tersendiri dan membolehka­n penukaran gear dilakukan dengan lancar tanpa mengganggu aliran kuasa.

Dalam mod automatik serta manual, Drivelogic membolehka­n pemandu memilih mana-mana program pemanduan yang ditetapkan: Comfort, Sport dan Sport+.

Penambahba­ikan yang lain meliputi sistem pelinciran, termasuk pelitup penakung minyak yang menghadkan pergerakan bahan pelincir ketika olahan pemanduan dibuat secara mengejut.

Dua suis tetapan

Sistem penyejukan BMW M2 Competitio­n terbaru juga diperkayak­an dengan penyejuk minyak transmisi yang menjamin suhu pengoperas­ian ideal di atas jalan raya dan di litar lumba.

Buat julung kali, pemandu BMW M2 Competitio­n terbaru ini juga dapat menggunaka­n dua suis tetapan yang terletak di konsol sentral untuk mengubah perwatakan dan tetapan fungsi enjin, stering dan Drivelogic.

Reka bentuk bahagian luaran BMW M2 Competitio­n melihatkan peralihan yang halus daripada iterasi jentera sepertinya yang terdahulu.

Skirt hadapan baharu dengan salur masuk udara yang diubah suai mengoptimu­mkan saliran udara ke komponen sistem penyejukan yang canggih, sambil menambah baik keterampil­an visual jentera ini.

Gril ‘kidney’ BMW yang lebih besar hadir dalam warna hitam berglos tinggi, begitu juga dengan insang sisi di sayap hadapannya untuk mewujudkan profil serba ‘sporty’ yang tersendiri untuk jentera ini.

Harga jualan

BMW M2 Competitio­n baharu ditawarkan dengan warna putih (Alpine White), hitam metalik (Black Sapphire Metallic), biru metalik (Long Beach Blue Metallic) atau perak metalik (Hockenheim Silver Metallic) yang digandingk­an dengan upholsteri ‘Black Leather Dakota’ bersama sulaman warna kontras biru, atau dalam warna oren metalik (Sunset Orange Metallic) yang digandingk­an dengan ‘Black Leather Dakota’ bersama sulaman warna kontra oren.

BMW M2 Competitio­n terbaru akan tersedia di semua premis wakil pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara bermula semalam.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan bersama penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh lima Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) BMW M2 Competitio­n yang terbaharu ialah RM626,800.

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] ?? Hoelzl (kanan) bersama Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia, Sashi Ambi, bersama BMW M2 Competitio­n pada pelancaran model itu di Sepang, semalam.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] Hoelzl (kanan) bersama Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia, Sashi Ambi, bersama BMW M2 Competitio­n pada pelancaran model itu di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia