Berita Harian

Kurang petunjuk jejas pasaran

Bursa ditutup rendah dalam dagangan tidak menentu

-

Bursa Malaysia ditutup lebih rendah dalam dagangan tidak menentu semalam berikutan kekurangan petunjuk ketika sebahagian besar pelabur memilih untuk berada di luar pasaran menjelang pertemuan antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatann­ya dari China, Xi Jinping pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 Negara.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.57 mata kepada 1,672.13 berbanding paras 1,672.70 ketika ditutup semalam selepas berlegar turun naik antara untung dan rugi.

Ia turut bergerak pada jajaran antara 1,670.81 dan 1,677.34 sepanjang dagangan semalam.

Malah, ketika pasaran dibuka, indeks itu menurun sebanyak 1.28 mata kepada 1,671.42.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 414 berbanding 333 dengan 450 lain tidak berubah, 711 tidak didagangka­n dan 97 kaunter lain digantung. Jumlah dagangan bagaimanap­un meningkat kepada 2.22 bilion unit bernilai RM1.84 bilion daripada 1.84 bilion unit bernilai RM1.9 bilion, kelmarin.

Perang dagangan Amerika Syarikat (As)-china terbukti terus menjadi sumber ketidakten­tuan pasaran dengan kalangan pelabur masih mengharapk­an perkembang­an positif apabila rundingan dagangan dua negara kuasa besar ekonomi dunia itu disambung pada hujung minggu ini.

Mengulas perkembang­an itu, Ketua Penyelidik­an Inter-pacific Securities, Pong Teng Siew, berkata pasaran itu juga terbukti lebih dipengaruh­i oleh sentimen berhatihat­i.

“FBM KLCI dilihat cuba mencecah tahap 1,678 sebelum berlakunya aktiviti jualan berikutan pelabur enggan mengambil risiko menunggu sehingga saat hasil perbincang­an perdaganga­n As-china diumumkan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, pada peringkat tempatan, kebanyakan kaunter wajaran tinggi berkaitan indeks dalam sektor kewangan dan perladanga­n terus susut dan menjejaska­n pertumbuha­n pinjaman dan harga minyak sawit mentah.

“Walaupun sektor pembinaan mencatat prestasi baik didorong oleh penyambung­an semula Projek Transit Aliran Ringan 3, Transit Aliran Massa Laluan 3, Projek Laluan Rel Pantai Timur dan Rel Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-singapura, ia terbukti tidak dapat memacu FBM KLCI,” kata Teng Siew.

Antara kaunter yang menjejaska­n indeks itu adalah yang Maxis rugi 23 sen kepada RM5.57, Public Bank turun 16 sen kepada RM23.00 dan Sime Darby dan IOI Corp masing-masing turun empat sen kepada RM2.26 dan RM4.25.

Selain itu, Axiata rugi dua sen kepada RM4.98 manakala MISC turun lima sen kepada RM7.15.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Tenaga untung 16 sen kepada RM13.84, Petronas Gas naik 26 sen kepada RM17.36 dan Sime Darby Plantation menokok enam sen kepada RM4.92.

Bagi saham aktif, KNM untung 6.5 sen kepada 25.5 sen dan Sapura Energy turun setengah sen kepada 30 sen.

Dalam pada itu, Indeks FBM Emas kehilangan 8.62 mata kepada 11,781.58, Indeks FBMT 100 turun 11.22 mata kepada 11,631.65, namun Indeks FBM Emas Shariah naik 1.70 mata kepada 12,132.94.

FBM 70 turun 43.54 mata kepada 14,599.71 manakala FBM Ace naik 3.01 mata kepada 4,445.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 22.62 mata kepada 16,686.61, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri naik 0.02 mata kepada 160.72 manakala Indeks Perladanga­n menokok 2.62 mata kepada 6,968.90.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama bertambah kepada 1.59 bilion saham bernilai RM1.72 bilion daripada 1.13 bilion saham bernilai RM1.75 bilion pada Khamis.

Waran pula berkuranga­n kepada 312.28 juta unit bernilai RM68.32 juta daripada 386.05 juta unit bernilai RM79.96 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 319.60 juta saham bernilai RM57.76 juta daripada 313.96 juta saham bernilai RM65.22 juta.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 265.12 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (180.97 juta), pembinaan (118.28 juta), teknologi (82.74 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (49.03 juta), hartanah (98.45 juta), perladanga­n (23.21 juta), REIT (19.37 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (617.75 juta), penjagaan kesihatan (21.25 juta), telekomuni­kasi dan media (47.75 juta), pengangkut­an dan logistik (43.26 juta) manakala utiliti (17.84 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia