Berita Harian

Bapa tekad pelihara ‘bayi ajaib’

-

Kota Bharu: “Walaupun kurang berkemampu­an, saya tidak akan serahkan bayi istimewa ini kepada orang lain,” kata Fairol Haziri Rahim, bapa kepada Farah Hanis yang dilahirkan ketika ibunya dalam keadaan koma.

Bayi berusia 42 hari itu kini dijaga Zaidi Muhammad, 44, yang juga sepupu Fairol Haziri, 44, dan tinggal berjiran dengannya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini.

Fairol Haziri berkata, sejak hari pertama bayinya itu dilahirkan sehingga kini, dia menerima puluhan panggilan telefon termasuk mereka yang datang berjumpany­a untuk meminta memelihara anaknya itu.

“Pada mulanya ahli keluarga terdekat saja ingin mengambil Farah Hanis kerana mereka simpati dengan nasib kami, tetapi lamakelama­an makin ramai orang luar tidak dikenali menelefon untuk tujuan sama.

“Saya faham mereka ingin membantu, tetapi kami tidak sanggup berpisah kerana Farah Hanis adalah satu anugerah, malah kelahirann­ya satu keajaiban dan bukti kebesaran Allah SWT, walaupun memang diakui saya tidak mampu menjaganya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akhbar semalam memaparkan kisah Farah Hanis yang dianggap bayi ajaib kerana ketika masih janin berusia dua bulan, dia mampu hidup dalam kandungan ibunya yang koma.

Janin itu terus membesar dan membentuk fizikal bayi yang normal walaupun jangkaan pakar perubatan mengatakan bayi itu tidak akan bertahan lama dalam kandungan kerana banyak menerima komplikasi termasuk rawatan diterima ibunya.

Dijaga sepupu rapat

Fairol Haziri berkata, buat masa ini, dua anaknya termasuk anak sulung Farras Hazim, setahun tujuh bulan, dijaga sepenuhnya oleh sepupu yang sangat rapat dengannya.

Katanya, segala keperluan Farah Hanis disediakan Zaidi kerana dia tidak mampu menanggung­nya disebabkan perlu mengutamak­an keperluan isterinya, Kamareeah Arwae, 36, yang terlantar akibat ketumbuhan pada bahagian kepala sejak tujuh bulan lalu.

“Buat masa ini, lampin pakai buang dan susu khas isteri masih mampu disediakan hasil ihsan mereka yang datang menziarah termasuk bantuan kewangan beberapa pihak berwajib.

“Segala sumbangan diberikan digunakan sepenuhnya untuk isteri kerana kosnya agak banyak, lebihlebih lagi saya sudah tidak boleh bekerja kerana menguruska­n isteri sepenuhnya,” katanya.

Fairol Haziri berkata, doktor ada memaklumka­n isterinya mampu pulih, namun proses penyembuha­n mengambil masa lama dan disebabkan itu, dia tidak akan menyerahka­n bayi mereka kepada sesiapa pun.

Sementara itu, Zaidi berkata, dia dan isteri, Raja Norazilah Raja Embong, 39, menganggap Farah Hanis yang dijaga bermula usia sehari sebagai anak sendiri.

“Saya rapat dan membesar bersama Fairol Haziri, pasti saya sanggup membantuny­a, malah Farah Hanis sudah dianggap anak sendiri dengan segala keperluann­ya kami sediakan.

“Memandangk­an rumah kami bersebelah­an, Fairol Haziri kerap datang menjenguk bayinya dan Farras pula akan diambil bapanya pada waktu malam saja, manakala waktu siang turut dijaga kami,” katanya yang sanggup bercuti enam bulan semata-mata untuk membantu sepupunya itu menguruska­n masalahnya.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] ?? Fairol Haziri bersama anaknya memerhatik­an isteri yang koma ketika ditemui di rumah sewanya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, semalam.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Fairol Haziri bersama anaknya memerhatik­an isteri yang koma ketika ditemui di rumah sewanya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia