Berita Harian

Syarikat pemaju Negeri Sembilan disaran guna BIM

-

Seremban: Syarikat pemaju hartanah di negeri ini, disaran mengguna pakai teknologi Informasi Permodelan Bangunan (BIM), sekiranya berhasrat membangunk­an projek pembinaan di Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata penggunaan BIM membolehka­n pemaju memantau pembahagia­n skop kerja semua pihak yang terbabit dengan pembinaan yang dijalankan.

Selain itu katanya, teknologi itu dapat mengesahka­n kuantiti dan kualiti bahan diguna pakai dengan mudah.

“BIM adalah sebuah model digital tiga dimensi (3D) sesuatu bangunan atau struktur yang mengandung­i pelbagai maklumat geometrik dan parameter dihasilkan melalui perisian.

“Model BIM boleh digunakan untuk melihat kitaran hidup sebuah struktur bangunan yang akan dibina daripada peringkat perancanga­n hingga penyelengg­araannya apabila siap kelak.

“Dengan teknologi ini, kesilapan dan ketidakser­agaman data serta reka bentuk dapat dielakkan, sekali gus mengurangk­an risiko perubahan kerja dan meningkatk­an kecekapan pelaksanaa­n projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran MYBIM Satelit Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan di Pejabat Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Negeri Sembilan, di Seremban 2, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, BIM juga dapat menentukan anggaran kos pembinaan bangunan dan elemen itu dilihat penting, sekiranya syarikat pemaju ingin mendapatka­n tender projek pembanguna­n di Negeri Sembilan.

Penggunaan masih rendah

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Sektor Pembanguna­n Teknologi CIDB, Datuk Ir Elias Ismail, berkata kajian CIDB mendapati kadar penggunaan BIM di Malaysia masih rendah iaitu pada kadar 17 peratus.

Katanya, jumlah projek pembinaan yang menggunaka­n BIM di negara ini kian bertambah dan usaha perlu dilakukan bagi mempersiap­kan pemain industri mengenai BIM.

“MYBIM Satelit ABM Wilayah Tengah ini bertujuan menyokong peranan ABM dalam menyediaka­n latihan BIM kepada pemain industri disamping menyokong fungsi pusat MYBIM.

“Dilengkapi dengan stesen kerja BIM yang boleh memuatkan seramai 20 orang dan kemudahan projektor LCD dan skrin lengkap untuk memudahkan pembelajar­an menggunaka­n kemudahan dan teknologi BIM,” katanya.

BIM adalah sebuah model digital tiga dimensi (3D) sesuatu bangunan atau struktur yang mengandung­i pelbagai maklumat geometrik dan parameter dihasilkan melalui perisian. Model BIM boleh digunakan untuk melihat kitaran hidup sebuah struktur bangunan yang akan dibina daripada peringkat perancanga­n hingga penyelengg­araannya apabila siap kelak” Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan

 ?? [FOTO ADZLAN SIDEK /BH] ?? Aminuddin mencuba alat realiti maya selepas merasmikan MYBIM Satelit ABM Wilayah Selatan di Pejabat CIDB, Seremban 2, semalam.
[FOTO ADZLAN SIDEK /BH] Aminuddin mencuba alat realiti maya selepas merasmikan MYBIM Satelit ABM Wilayah Selatan di Pejabat CIDB, Seremban 2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia