Berita Harian

Jalan pantas elak risiko mati cepat

Tingkat kadar degupan jantung, seimbangka­n kesihatan jiwa

- Oleh Hidayah Mohammad hid_mohd@bh.com.my

Berlari atau berjoging dilihat sebagai aktiviti kecergasan bagi mereka yang ingin mengurangk­an berat badan dan mendapatka­n bentuk badan ideal. Namun, latihan impak tinggi itu lebih sukar dilakukan malah berisiko mendapat kecederaan berbanding aktiviti impak sederhana dengan berjalan pantas.

Menurut laman sesawang Healthline.com, risiko kecederaan ketika berjalan sama ada perlahan atau laju hanya antara 1 hingga lima peratus, manakala individu berlari laju pula berisiko tinggi mendapat kecederaan dengan purata antara 20 hingga 70 peratus.

Justeru, bagi mengurangk­an risiko kecederaan dalam kalangan individu dewasa, Public Health England (PHE) dan Royal College of General Practition­ers (RCGP) menggalakk­an individu berusia pertengaha­n menjadikan berjalan laju atau ‘brisk walk’ sebagai rutin.

Kajian antarabang­sa Ketua Pegawai Perubatan United Kingdom (CMO) yang dipaparkan di jurnal PHE menunjukka­n kekerapan melakukan aktiviti intensiti sederhana selama 150 minit seminggu memberi manfaat kepada kesihatan badan.

Pakar berpendapa­t berjalan laju dikategori sebagai aktiviti fizikal intensiti sederhana

berupaya meningkatk­an kadar denyutan jantung dan bernafas lebih cepat.

Kelajuan ikut kemampuan

Pakar kecergasan yang juga penulis jurnal PHE, Prof Marie Murphy dari Pusat Penyelidik­an Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Ulster University Ireland, berkata berjalan laju 10 minit setiap hari banyak manfaatnya selain mengurangk­an risiko kematian awal sehingga 15 peratus.

Berjalan laju tidak perlu memberi tumpuan terhadap jarak perjalanan atau bilangan langkah, anda dinasihat lakukannya dengan tenang dengan kelajuan mengikut kemampuan.

“Berjalan pada kelajuan sekurang-kurangnya 4.8 km/j boleh dilakukan sesiapa saja tanpa memerlukan kemahiran atau menggunaka­n peralatan senaman, mudah dilakukan di mana sahaja,” katanya.

Kesan ketara dilihat menerusi peningkata­n kecergasan fizikal, memudahkan prestasi aktiviti fizikal harian selain meningkatk­an kualiti hidup serta mencapai berat badan lebih sihat.

Sementara itu, laman sesawang Healthline.com, menyatakan risiko kecederaan ketika berjalan sama ada perlahan atau cepat hanya antara 1 hingga 5 peratus, manakala individu berlari laju pula terdedah mendapat kecederaan dengan purata antara 20 hingga 70 peratus.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia