Berita Harian

HIV, AIDS pembunuh senyap

Lewat jalani diagnosis, rawatan, punca sakit merebak

- Oleh Halina Mohd Noor dan Nor Hatina Shuibbhnew­s@bh.com.my

Individu berisiko dijangkiti HIV dan AIDS perlu peka jika berhadapan situasi kesihatan tidak menentu dengan menjalani ujian darah.

Pengamal seks bebas, penagih dadah dan pekerja seks serta pasangan masing-masing, juga tidak seharusnya menderma darah kerana berkemungk­inan dicemari virus HIV, tanpa mereka ketahui.

Tindakan ini bukan mendiskrim­inasi mereka, tetapi sebagai langkah keselamata­n semua pihak supaya golongan berisiko ini tidak meneruskan amalan terbabit.

Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Suresh Kumar, berkata di negara

ini, tiada statistik merekodkan pesakit yang mempunyai virus HIV berikutan ada penghidap tidak didiagnosi­s kerana tidak menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Beliau berkata, pemeriksaa­n status penyakit dalam kalangan individu berisiko penting dan perlu diberi perhatian serius supaya pesakit dapat dirawat serta mencegah jangkitan kepada individu lain.

“Situasi ini membimbang­kan kerana virus terbabit boleh menjangkit­i pasangan masingmasi­ng,” katanya.

Menyedari pentingnya usaha menjalani pemeriksaa­n kesihatan, pada tanggal 27 Jun setiap tahun dianjurkan Hari Ujian HIV Kebangsaan (NHTD), bertujuan memberi kesedaran umum dengan menggalakk­an orang ramai menjalani ujian HIV.

Peratusan penghidap meningkat

Pemeriksaa­n itu perlu bagi mengetahui status kesihatan dan maklumat berkenaan saluran penjagaan dan rawatan berkaitan penyakit itu. Data dikeluarka­n Amerika Syarikat, mendapati 20 peratus penghidap HIV dan AIDS, tidak didiagnos disebabkan tiada kesedaran untuk mengetahui status kesihatan mereka.

Situasi itu menjadikan peratusan penghidap HIV meningkat apabila penghidap lama menyebarka­n virus kepada penghidap baharu sehingga peratusan penghidap penyakit itu mencatatka­n peningkata­n 49 peratus.

Dr Suresh berkata, data menunjukka­n apabila seseorang penghidap HIV didiagnosi­s, lapan daripada 100 jangkitan HIV dapat dielakkan daripada menular kepada individu lain.

“Ketiadaan diagnosis ini menyukarka­n keadaan dan penularan boleh berlaku. Malah pesakit tidak dapat menerima rawatan sepatutnya.

“Kita berusaha merawat penghidap dan memberikan rawatan dengan teknologi yang kita ada sekarang,” katanya.

Beliau menyaranka­n, setiap orang yang berisiko dijangkiti penyakit ini membuat ujian saringan HIV untuk memastikan status kesihatan mereka.

Katanya, kerajaan sememangny­a memberikan sepenuh komitmen dan sokongan untuk mencegah peningkata­n jumlah penghidap dalam kalangan masyarakat dengan menyediaka­n pelbagai kemudahan seperti skop pengesanan kes, pencegahan jangkitan, rawatan dan sokongan.

Usah takut jalani saringan

Beliau berkata, ramai pesakit yang tidak mahu datang ke hospital atau klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia