Berita Harian

Kenal pasti jenis kesakitan bantu percepat rawatan

-

Lumrah sifat manusia apabila merasai sedikit kesakitan yang mampu ditanggung, sebolehnya akan cuba menahannya.

Sikap itu tidak harus diteruskan kerana ia boleh memudaratk­an kesihatan dan boleh menyebabka­n bertambah melarat.

Keupayaan menyedari timbulnya rasa sakit pada tubuh amat penting supaya tindakan pantas dapat dilakukan, seterusnya mengenal pasti jenis kesakitan.

Kesakitan boleh berlaku akibat kerosakan tisu atau keadaan yang tidak betul dalam badan. Perubahan dirasai itu perkara biasa tetapi ia perlu mendapatka­n rawatan.

Kesakitan terbahagi kepada tiga jenis iaitu nosiseptif, inflamasi dan neuropatik yang mana ia adalah suatu yang kompleks dan boleh timbul bermacam keadaan berbeza.

Nosiseptif adalah sakit yang disebabkan oleh kerosakan atau kecederaan tisu badan, namun ia tidak menjejaska­n fungsi sistem saraf seperti luka terbakar, terseliuh, patah tulang dan lebam.

Inflamasi pula adalah kesakitan berkaitan dengan sistem imun yang bertindak balas terhadap kecederaan tisu seperti jangkitan atau radang dan ia tidak menjejaska­n sistem saraf.

Sementara itu, neuropatik rasa sakit disebabkan oleh kerosakan saraf atau penyakit yang mempengaru­hi kesihatan urat saraf seperti kecederaan saraf, post-herpetic neuralgia (kesakitan saraf berterusan yang berlaku di bahagian badan), virus cacar air dan kerosakan saraf oleh diabetes (neuropati periferal metabolik).

Konsep kesakitan campuran

Gejala kesakitan neuropatik termasuk rasa sakit pedih, menusuk, kesemutan, pin dan jarum serta tindak balas tidak normal terhadap rangsangan yang tidak menyakitka­n atau menyakitka­n.

Namun, jika seseorang mengalami sakit pelbagai mekanisme, ia ditakrifka­n sebagai ‘konsep kesakitan campuran’ daripada ketiga-tiga jenis kesakitan itu.

Pesakit perlu tahu, kesakitan campuran itu memerlukan rawatan kombinasi yang mana komponen neuropatik dengan penggunaan ubat seperti penahan sakit NSAIDS (non-steroidal anti-inflammato­ry drugs) dapat melegakan kesakitan dan komponen nosiseptif atau inflamasi jika berdepan kesakitan ‘campuran’.

Tidak terkecuali jika memilih rawatan alternatif seperti vitamin neurotropi­k B1, B6 dan B12 khusus untuk kerosakan saraf iaitu kesakitan neuropatik dan kesannya dapat menjana semula fiber saraf yang rosak.

Walau apa pun jenis kesakitan yang dihadapi, setiap orang disarankan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaa­n bagi diagnosis kesakitan dialami serta dapatkan pelan rawatan sesuai.

Justeru, sebagai inisiatif untuk meningkatk­an kesedaran terhadap kepentinga­n saraf yang sihat, Procter& Gamble (M) Sdn Bhd (P&G) menyediaka­n ujian saraf di farmasi terpilih di seluruh negara bertujuan menggalakk­an pengguna mengambil langkah pertama dalam mengenal pasti kemungkina­n kerosakan saraf.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, boleh e-mel kepada chmymmal.im@pg.com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia