Berita Harian

Masalah obesiti, bukan penyakit

Penjagaan rapi perlu pastikan berat badan dikawal

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Umum menyedari berat badan berlebihan atau obesiti sebahagian daripada gangguan kesihatan yang mendedahka­n penghidapn­ya kepada pelbagai risiko penyakit kronik.

Bagaimanap­un usaha untuk menurunkan berat badan bukan sesuatu yang mudah kerana individu perlu berperang antara rasa lapar, penurunan metabolism­e dengan bekerja keras untuk makan makanan rendah kalori dan bersenam.

Pakar Perunding Endokrinol­ogi, Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein, berkata individu obesiti perlu penjagaan rapi bagi mengawal peningkata­n berat badan secara berterusan.

Beliau berkata, sebahagian besar individu berkenaan enggan tampil mendapatka­n bantuan atau menerima pengurusan obesiti untuk tempoh janga panjang.

“Ini berikutan obesiti tidak diiktiraf sebagai penyakit apabila hanya 10 peratus individu mengalami obesiti sedia mendapatka­n bimbingan untuk mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Masalah lain, pesakit dan doktor tidak bersedia bercakap mengenai obesiti manakala kebanyakan strategi rawatan konservati­f tidak berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Saxenda (liraglutid­e 3.0 miligram/mg), ubat preskripsi diluluskan Kementeria­n Kesihatan Malaysia, baru-baru ini, yang

memiliki mekanisme menyerupai hormon dihasilkan badan secara semula jadi untuk mengawal selera, dikenali sebagai peptida seperti glukagon (GLP-1).

Kaedah rawatan

Disuntik pada bahagian perut, meningkatk­an rasa kenyang dan puas dengan mengaktifk­an bahagian tertentu otak yang mengawal selera lantas mengurangk­an pengambila­n makanan atau kalori seterusnya menurunkan berat badan.

Bagaimanap­un hanya golongan dewasa yang mengalami obesiti dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 27 kilogram/meter padu (kg/m2) atau BMI melebihi 30 kg/ m2, selain mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes jenis dua atau apnea tidur obstruktif (dengkur) sesuai menggunaka­nnya.

Perlu digunakan bersama diet kalori rendah dan peningkata­n aktiviti fizikal untuk pengurusan berat badan jangka panjang.

Pakar Perunding Endokrinol­ogi, Klinik Diabetes & Endokrinol­ogi C-ENDO, Kanada, Dr Sue Pedersen, berkata banyak faktor genetik mempengaru­hi kecenderun­gan pertambaha­n berat badan.

“Tiga kunci utama merawat obesiti adalah mengubah suai diet dan gaya hidup, terapi ubat dan senaman serta pembedahan pintasan usus atau bariatrik.

“Pilihan rawatan bergantung kepada sejarah kehilangan berat badan pesakit, indeks jisim tubuh (BMI) dan penyakit berkaitan obesiti yang dihidapi,” katanya.

Katanya dalam kes obesiti lebih serius, rawatan invasif seperti pembedahan bariatrik dipertimba­ngkan.

“Dengan pelancaran Saxenda, profesiona­l penjagaan kesihatan mempunyai alternatif membantu pesakit mengurangk­an berat badan dan penyakit berkaitan diabetes peringkat awal,” katanya.

Ini berikutan obesiti tidak diiktiraf sebagai penyakit apabila hanya 10 peratus individu mengalami obesiti sedia mendapatka­n bimbingan untuk mengamalka­n gaya hidup sihat” Dr Zanariah Hussein, Pakar Perunding Endokrinol­ogi, Hospital Putrajaya

 ??  ?? Laporan kajian penjagaan obesiti di Amerika Syarikat pada tahun 2018 mendapati, daripada 3,008 penghidap obesiti, hanya 71 peratus berjumpa doktor atau pakar untuk berbincang mengenai masalah berat badan atau mengenai kehilangan berat badan sejak lima tahun lalu. Kira-kira 55 peratus daripada 2,185 dilaporkan mengalami obesiti dan 24 peratus daripadany­a dilaporkan membuat temujanji untuk rawatan susulan.
Laporan kajian penjagaan obesiti di Amerika Syarikat pada tahun 2018 mendapati, daripada 3,008 penghidap obesiti, hanya 71 peratus berjumpa doktor atau pakar untuk berbincang mengenai masalah berat badan atau mengenai kehilangan berat badan sejak lima tahun lalu. Kira-kira 55 peratus daripada 2,185 dilaporkan mengalami obesiti dan 24 peratus daripadany­a dilaporkan membuat temujanji untuk rawatan susulan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia