Berita Harian

Ibadah sebagai tonggak budaya hidup

-

Kebudayaan adalah sesuatu yang berpangkal kepada gaya dan cara yang dimiliki bersama oleh kumpulan manusia mengenai bagaimana kehidupan mereka ditadbir urus dan berlangsun­g dalam sesebuah masyarakat.

Apabila dikaitkan kebudayaan dengan Islam, pastinya ia merujuk kepada jenis kebudayaan yang menjadikan ajaran Islam sebagai gaya hidup syumul dan menyeluruh. Malah, Islam sesungguhn­ya menyediaka­n landasan serta memberikan tunjuk arah yang jelas bagi mentadbir dan mengurus kehidupan mereka selaras dengan matlamat kehadiran mereka di alam ini.

Matlamat utama kehadiran manusia ( juga jin) ke alam ini adalah untuk tugasan dan tuntutan ibadah kepada Allah dalam pengertian yang seluas-luasnya seperti firman Allah SWT; “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptaka­n jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-ku” (Adz-dzaariyaat:56)

Istilah ibadah dalam perspektif Islam mempunyai pengertian yang amat luas dan ia bercirikan hal berikut; yakin bahawa pihak yang disembah atau yang ditujukan ibadah, dipatuhi, ditaati dan diperhamba­kan diri dalam ibadah itu--iaitu, tentunya dalam konteks Islam, Allah SWT memiliki kebesaran dan keagungan mengatasi segala sesuatu yang lain; secara penuh sedar dan faham, menurut serta mengikat diri dengan segala suruhan dan larangan Allah SWT atas asas bahawa Allah SWT adalah satu-satunya sumber segala sesuatu yang dipunyai oleh hamba yang melakukan ibadah; kepatuhan dan ketaatan lahir atau terbit daripada hati yang kasih dan cinta kerana itu ia terlaksana secara penuh ikhlas dan reda, atas keyakinan bahawa tanpa Allah SWT, makhluk yang beribadah tidak bermakna apa-apa justeru Allah SWT sewajarnya dikasihi dan dicintai secara penuh keikhlasan.

Dalam lain perkataan, keseluruha­n kehidupan rohani dan jasmani manusia Muslim mesti berlangsun­g dalam keseluruha­n ruang legar definisi istilah ibadah itu.

Jika tidak demikian, bermakna Muslim berkenaan sedang terperangk­ap dalam gaya atau budaya hidup yang tidak Islamik, sekali gus tidak menepati matlamat kehadiran mereka di alam ini.

Ibadah formal, tidak formal

Ibadah dalam perspektif Islam memainkan peranan yang cukup besar di segenap aspek kehidupan seseorang Muslim, selain ia juga mempunyai ruang lingkup yang cukup luas, seluas kehidupan Muslim itu sendiri. Oleh itu, golongan ulama pada umumnya membahagik­an ibadah kepada dua bahagian; formal dan tidak formal.

Ibadah formal dimaksudka­n seperti yang terungkap dalam tradisi Islam, ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji; iaitu rukun Islam itu sendiri. Pada dasarnya dalam pandangan Islam ia adalah asas dan intisari Islam itu sendiri yang pelaksanaa­nnya boleh menggambar­kan keperibadi­an dan keimanan seseorang yang bergelar Muslim.

Ia juga amat penting kepada proses pemupukan dan peneguhan akidah serta medan latihan yang berkesan dalam proses pembentuka­n personalit­i muslim. Ibadah formal ini mempunyai struktur, sistem dan peraturan tertentu yang ditetapkan syarak. Ia mesti dipatuhi dan dilaksanak­an setepatnya oleh orang yang menunaikan­nya.

Menurut pandangan Islam, ibadah formal ini hanya akan diterima oleh Allah SWT apabila ia ditunaikan dengan disertakan dua perkara berikut iaitu niat yang ikhlas kerana Allah dan melaksanak­annya dalam bentuk yang ditentukan untuk ibadat itu.

Ibadah tidak formal pula merujuk kepada kehidupan harian manusia yang tidak akan dapat lari daripada melakukan pelbagai perbuatan. Perbuatan atau perlakuan yang tergolong ke bawah naungan ibadah formal adalah amat terhad tetapi ibadah tidak formal dalam pandangan Islam adalah cukup luas sekali, merangkumi segenap aspek kehidupan manusia Muslim itu sendiri.

Dapat keredaan Allah SWT

Aktiviti dan amalan jenis inilah yang diistilahk­an sebagai ibadah tidak formal, iaitu yang dilakukan dalam bentuk pekerjaan dan tindakan hamba Allah SWT di ladang, kilang, pejabat, hospital, rumah atau di mana-mana sahaja anda berada, dalam kapasiti yang berbagai-bagai pula, iaitu sama ada sebagai pemimpin atau orang yang dipimpin, sebagai ketua atau orang bawahan, sebagai ayah atau ibu atau anak dan lain-lain kapasiti serta pelbagai lapangan kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan semua berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa terikat dengan jangka masa tertentu. Pekerjaan itu dilakukan semata-mata untuk mendapatka­n keredaan Allah SWT dan dilaksanak­an keseluruha­nnya dengan niat yang ikhlas untuk mengagungk­an Allah SWT.

Justeru, pada sisi inilah kebudayaan Islam yang diberikan ciri dan pengisiann­ya oleh ajaran Islam dan terlihat menerusi pelbagai aktiviti kehidupan Muslim yang dirangkumi istilah ibadah menjadi berbeza berbanding dengan kebudayaan lain kerana ia tumbuh dan berkembang di bawah naungan ajaran Islam itu sendiri.

Bagaimanap­un, dalam kehidupan dalam negara dan masyarakat Islam semasa, hal ini masih terabai, meskipun umumnya sudah lama memperoleh kemerdekaa­n dan kedaulatan. Cara dan gaya hidup berpaksika­n fahaman sekularism­e tinggalan penjajah masih terus berlangsun­g.

Penerapan aspek agama selalunya tidak diambil kira dalam melaksanak­an pelbagai kegiatan kehidupan dan projek negara, sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Justeru, umat Islam terus terperangk­ap dalam melakukan pelbagai bentuk jenayah yang tidak direstui oleh agama anutan mereka. Hal ini perlu segera dipulihkan selari dengan tuntutan ajaran Islam demi kesejahter­aan ummah dalam kehidupan di dunia dan seterusnya di akhirat.

Ibadah formal dimaksudka­n seperti yang terungkap dalam tradisi Islam, ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji; iaitu rukun Islam itu sendiri. Pada dasarnya dalam pandangan Islam ia adalah asas dan intisari Islam itu sendiri yang pelaksanaa­nnya boleh menggambar­kan keperibadi­an dan keimanan seseorang yang bergelar Muslim”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ibadah menggambar­kan keperibadi­an dan keimanan seseorang Muslim.
[FOTO HIASAN] Ibadah menggambar­kan keperibadi­an dan keimanan seseorang Muslim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia