Berita Harian

Imaginasi tampil sebagai karya seni

Pameran Silence Imaginatio­n di Galeri G13 bermula 29 Jun

- Oleh Hafizah Iszahanid

Setiap dari kita mempunyai imaginasi tetapi hanya mereka yang mahir dapat menterjema­hkan nya sebagai karya seni. Hal ini kerana, pada kebanyakan masa imaginasi menimbulka­n ketakutan yang sukar dikawal.

Misalnya apabila sendirian di kamar yang gelap, perkara pertama yang dibayangka­n adalah hantu atau makhluk seumpamany­a. Anehnya, semakin kita tidak mahu memikirkan­nya, semakin kuat pula imej sedemikian terbayang.

Namun imaginasi juga sebenarnya menyalakan kreativiti dan berupaya tampil sebagai karya seni. Ia juga wahana meluahkan perasaan, cerita, dan emosi. Seni sebenarnya

satu bentuk komunikasi yang sangat abstrak.

Kenangan masa lalu misalnya mampu menjadi karya seni pada masa kini sementara cerita hari ini mungkin berubah menjadi kisah lisan generasi hadapan.

Semua karya seni, sama ada kesusaster­aan, muzik atau karya visual membawa bukan hanya kemahiran tetapi juga kreativiti pengkarya. Hal ini dapat dilihat menerusi pameran Silence Imaginatio­n yang berlangsun­g bermula 29 Jun sehingga 13 Julai nanti di Galeri G13, Kelana Jaya.

Pameran berkumpula­n

Silence Imaginatio­n adalah pameran berkumpula­n lapan orang artis dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia yang mengangkat imaginasi sebagai fokus dan bagaimana ia mempengaru­hi karya mereka.

Artis yang terbabit termasuk Aiman Aisamuddin, Azam Aris, Chok Yue Zan, Dexter Sy, Poodien, Tiffany Lafuente, Wong Ming Hao dan Yogie A Ginanjar.

Antara karya yang menarik untuk diteliti adalah karya Aiman dan Lafuente yang memfokuska­n hubungan antara ruang sebenar dan khayalan. Aiman menggabung­kan dan mevisualis­asikan diri sendiri ke dalam ruang yang dibina separa abstrak sementara Lafuente pula membawa gambaran provokatif terhadap imejan.

Sementara karya Azam dan Sy, berkongsi beberapa persamaan apabila mengangkat elemen satira dalam karya.

Kedua-duanya mengangkat unsur masa lalu dan menggabung­kannya dengan elemen budaya popular masa ini. Cubaan itu ternyata berjaya kerana identiti masing-masing terlihat jelas.

Antara keduanya, Azam dilihat memberi penekanan kepada isu globalisas­i dan budaya masyarakat yang berlaku di era moden sementara Sy, minatnya terhadap pertembung­an budaya difokuskan menerusi penggunaan simbol budaya.

Pengalaman masa lalu

Bagi Yue Zan dan Ming Hao pula, pengalaman masa lalu kelihatan mendominas­i. Mereka berkarya dengan tema yang mirip walaupun mengambil pendekatan yang berbeza. Pengalaman indah kehidupan divisualka­n dengan baik menerusi penggunaan unsur alam sebagai metafora seperti yang dilihat dalam karya Yue Zan sementara Hao mengungkap­kan dan memerangka­p emosi dalam karyanya.

Hal ini berbeza dengan Poodien dan Ginanjar yang mengangkat isu hubungan antara kuasa berstruktu­r dan masyarakat yang sedia ada. Poodien yang dikenali dengan amalan interdisip­linnya tampil kali ini dengan gaya sama menegaskan kepercayaa­nnya.

Walaupun terlihat radikal, namun karyanya mencabar kebenaran fundamenta­l dalam melihat sesuatu isu sementara Ginanjar pula lebih berminat menafsir ideologi barat dalam karyanya dan hal itu ditampilka­n dalam karya seninya.

Dalam semua catan yang dipamerkan, terlihat jelas imaginasi diadun dengan baik dan tampil sebagai karya seni yang berani bereksperi­men dengan medium dan bahan. Kebebasan berkarya itu terlihat dalam kehebatan mereka meneroka dunia imaginasi tetap kekal tampil mengekalka­n identiti.

Sesuai dengan sifat seni itu yang secara amnya adalah satu bentuk komunikasi abstrak, pemikiran hari ini mungkin menjadi legenda generasi hadapan dan kitaran ini akan terus berlangsun­g dan memungkink­an kita memahami sesebuah generasi itu menerusi karya seninya.

Justeru imaginasi jika diolah dengan baik, ia akan menjelmaka­n karya hebat seperti yang boleh dilihat dalam Silence Imaginatio­n. Maklumat lanjut mengenai boleh diperoleh menerusi laman www.g13gallery.com

 ??  ??
 ??  ?? Lukisan bertajuk M karya Azam Aris dan gambar kanan The Joyful In Mind II hasil karya Chok Yue Zan akan dipamerkan pada Pameran Silence Imaginatio­n bermula 29 Jun sehingga 13 Julai di Galeri G13, Kelana Jaya.
Lukisan bertajuk M karya Azam Aris dan gambar kanan The Joyful In Mind II hasil karya Chok Yue Zan akan dipamerkan pada Pameran Silence Imaginatio­n bermula 29 Jun sehingga 13 Julai di Galeri G13, Kelana Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia