Berita Harian

Syor buka klinik bantuan guaman di setiap sekolah

-

Mengambil kira pelbagai jenis masalah dihadapi guru serta pentadbir sekolah, kerajaan khususnya Kementeria­n Pendidikan (KPM) boleh mempertimb­angkan cadangan mewujudkan sebuah klinik bantuan guaman di setiap sekolah, atau sekurang-kurangnya di setiap jabatan pendidikan di daerah atau negeri.

Ini penting bagi membantu pihak berkaitan di sekolah khususnya guru dan pentadbir untuk mendapatka­n sebarang jenis khidmat nasihat ataupun bantuan dari sudut perundanga­n.

Kita seringkali didedahkan pelbagai berita membabitka­n masalah disiplin pelajar, selain laporan dibuat ibu bapa atau penjaga yang tidak berpuas hati ke atas guru yang menjalanka­n kerja mereka di sekolah.

Jejas fokus guru

Jika isu ini tidak diatasi dengan baik, ia pasti akan menjejaska­n fokus guru serta pentadbir sekolah dalam mendidik pelajar.

Sebelum ini Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) ada mencadangk­an agar KPM melaksanak­an segera ‘Kod Etika Ibu Bapa’ untuk melindungi guru, selain mengharmon­ikan hubungan antara pihak sekolah khususnya guru dengan ibu bapa.

Dengan adanya kod etika berkenaan ia dapat memastikan maruah dan emosi guru tidak terjejas akibat tekanan berpunca daripada serangan atau tindakan pihak ibu bapa terhadap mereka.

Namun pada masa sama keperluan terhadap klinik bantuan guaman di sekolah tidak boleh dinafikan, mengambil kira tugas dan beban dipikul guru semakin hari semakin mencabar.

Sikap ibu bapa sendiri yang lebih gemar membela bermati–matian anak mereka sehingga tidak dapat melihat kebenaran atau hakikat sebenar, memberi cabaran besar buat guru. Lebih menyedihka­n ada guru diugut dengan pelbagai tindakan undang-undang seperti saman hanya kerana mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar.

Tawar nasihat perundanga­n

Sikap sebegini menyukarka­n tugas guru. Akhirnya, pelajar itu sendiri yang menjadi mangsa sehingga terjebak kegiatan jenayah lebih berat.

Kewujudan klinik bantuan guaman di sekolah bukan sekadar sebagai pusat rujukan, ia juga berperanan menawarkan nasihat umum berkaitan aspek perundanga­n semasa khususnya mengenai langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Pada masa sama, tahap celik pihak sekolah mengenai aspek perundanga­n juga dapat dipertingk­atkan.

Dr Muzaffar Syah Mallow, Penyelaras Klinik Bantuan Guaman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia