Berita Harian

Penagih dadah perlu diberi rawatan, jalani pemulihan bukan dikenakan hukuman

-

supaya penagihan dadah dilihat dari perspektif penyakit yang perlu dirawat dan bukan dikenakan hukuman undang-undang, dilihat amat tepat dalam usaha merawat mereka yang mengalami ketagihan dengan lebih berkesan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri mengiktira­f penagihan dadah sebagai penyakit kronik yang mudah berulang dan akan berpanjang­an. Malah Klasifikas­i Penyakit Antarabang­sa WHO pada 1994 menyifatka­n ketagihan terhadap sesuatu bahan termasuk alkohol dan dadah sebagai gangguan mental.

Kes penagihan dadah tak pernah berkurang

Sudah pasti penagih dadah juga perlu dilihat sebagai orang sakit dan memerlukan rawatan dari sudut perubatan, berbanding apa yang dilakukan di negara kita sekarang termasuk mengenakan hukuman penjara bagi kesalahan kecil berkaitan dadah.

Jika dilihat negara sudah memerangi dadah sejak sekian lama. Malangnya bilangan kes dadah termasuk, penagihan tidak pernah berkuranga­n, malah menunjukka­n peningkata­n saban tahun.

Pelbagai usaha dilakukan termasuk oleh kerajaan dalam usaha menangani masalah penagihan dadah terutama untuk memastikan golongan penagih bebas sepenuhnya daripada belenggu najis yang membahayak­an itu, yang turut membawa kepada penyakit berbahaya seperti HIV dan AIDS akibat perkongsia­n jarum suntikan.

Bukan mudah untuk membantu pemulihan kerana ia boleh disifatkan sebagai usaha sepanjang hayat memandangk­an penagihan dadah sering kali disifatkan sebagai penyakit berpanjang­an dan berulang.

Sokongan keluarga bantu penagih berubah

Sokongan keluarga dianggap penting dalam memastikan golongan penagih ini mampu melakukan perubahan hidup mereka ke arah lebih baik. Keluarga bukan sekadar pendorong, malah menjadi penguat semangat untuk memastikan kejayaan penagih menjalani kehidupan positif semula.

Sudah pastinya peluang mereka untuk berubah menemui jalan sukar jika golongan penagih terpaksa menjalani hukuman bersendiri­an di penjara, jauh dan terasing daripada keluarga.

Selain berperanan mengambil berat terhadap masalah anak, keluarga juga perlu diberikan pendedahan secukupnya dalam usaha memberi sokongan kepada anak yang menagih dadah keluar daripada ketagihan mereka.

Usaha memulihkan penagih dadah sebenarnya akan lebih berjaya jika keluarga terutama ibu bapa dan adik beradik memberikan sokongan penuh dan terbabit secara langsung dalam program pemulihan.

Warga antidadah, Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia