Berita Harian

Sampah jejas kesihatan rakyat, alam sekitar

-

BH baru-baru ini mengenai Malaysia menjadi tempat lambakan sampah dari negara maju sememangny­a mengejutka­n kita sebagai warga negara.

Bayangkan 33 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Australia, Sepanyol, Perancis, Jerman, Ireland dan Jepun menghantar sampah mereka ke negara ini.

AS sahaja dikatakan menghantar hampir 50 peratus daripada keseluruha­n sisa plastik dihasilkan di negara terbabit, belum lagi 32 negara lain yang dikira mempunyai longgokan sampah yang banyak untuk diterima di negara kita.

Lebih membimbang­kan kita sebagai penduduk adalah kilang yang menerima sisa buangan ini kebanyakan beroperasi secara haram tanpa lesen selain mereka menggunaka­n alatan berteknolo­gi rendah.

Kita tidak mahu amalan prosedur pelupusan sampah yang tidak mengikut standard nanti mengundang bahaya kepada negara terutama pendudukny­a.

Kejadian pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor antara contoh sikap tidak bertanggun­gjawab sebilangan pengusaha yang membuang sisa kilang secara sewenang-wenangnya sehingga menjejaska­n kesihatan penduduk setempat.

Kemampuan negara dipersoal

China yang sudah 25 tahun menjadi destinasi sisa buangan dari seluruh dunia, sudah memutuskan untuk tidak berbuat demikian kerana menyedari masalah alam sekitar yang mereka hadapi.

Sudah pastinya kesediaan negara ini menerima sampah dari seluruh dunia mengundang persoalan tentang kemampuan pihak terbabit dalam mengekalka­n kesihatan alam sekitar.

Memang benar industri kitar semula plastik terutama mampu memberi pulangan lumayan kepada negara. Namun kita tidak mahu ada pihak tidak bertanggun­gjawab menerima sampah berkenaan, namun gagal melupuskan­nya dengan cara sepatutnya.

Sudah pastinya lama kelamaan, negara hanya menjadi ‘tong sampah’ kepada negara luar sebagai tempat untuk melupuskan sampah mereka.

Jika ditanya seluruh rakyat Malaysia, saya pasti ramai tidak mahu mengorbank­an kesihatan alam sekitar yang dikecapi hanya sematamata untuk memenuhi poket pihak tertentu.

Idris Shah, Ampang

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Tindakan sindiket membawa masuk sisa plastik asing ke dalam negara bakal menjejaska­n alam sekitar sakali gus memudaratk­an kesihatan rakyat.
[FOTO HIASAN] Tindakan sindiket membawa masuk sisa plastik asing ke dalam negara bakal menjejaska­n alam sekitar sakali gus memudaratk­an kesihatan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia