Berita Harian

Jepun, China mahu perkukuh hubungan

Abe, Jinping tunjuk komitmen baiki isu dagang Amerika, program nuklear Korea Utara

-

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Shinzo Abe sebagai usaha terbaru memantapka­n hubungan di antara kedua negara kuasa Asia itu.

Hubungan Beijing dan Tokyo pada dasarnya berada dalam keadaan tegang namun kebimbanga­n terhadap dasar perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan program nuklear Korea Utara berhasil menjadikan mereka bertambah rapat.

Kedua-dua pemimpin berkenaan bertemu sempena Sidang Kemuncak G20 di Jepun dalam satu pertemuan berasingan, semalam.

“Saya mahu membuka lembaran baru untuk hubungan Jepun-china bersama-sama Presiden Xi,” kata Abe kepada wartawan.

Dalam pada itu, Abe dan Jinping, masing-masing setuju untuk bekerjasam­a mempromosi­kan perdaganga­n bebas serta adil hasil daripada pertukaran pendapat secara telus dan jujur, menurut seorang pegawai kerajaan Jepun.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Jinping ke Jepun sejak dilantik sebagai Presiden pada 2013.

Putin undang Trump

Pada akhir pertemuan mereka, Abe mengundang Presiden China untuk kembali ke negara itu bagi mengadakan lawatan rasmi tahun hadapan.

“Saya berbesar hati menjemput Presiden Jinping untuk melawat Jepun sekali lagi ketika Sakura berbunga pada musim bunga tahun hadapan.

“Saya harap ia akan membawa hubungan kedua negara ke tahap lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Russia, Vladimir Putin, yang ditegur Presiden Donald Trump berhubung isu campur tangan dalam pilihan raya, mengundang rakan sejawatann­ya dari AS ke Moscow, tahun depan.

Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov jemputan itu adalah untuk menghadiri acara memperinga­ti Victory Day pada 9 Mei nanti.

Beliau memberitah­u wartawan, Trump memberi reaksi yang positif di G20 dan ketika sama membincang­kan kawalan senjata serta situasi krisis perang di Syria.

Perkara lain yang menjadi bahan perbincang­an kedua-dua pemimpin kuasa besar dunia itu adalah hubungan dengan China serta faktor yang menghalang perdaganga­n di antara Moscow dan Washington.

 ?? [ FOTO EPA} ?? Penunjuk perasaan menyertai satu bantahan menentang Sidang Kemuncak G20 pada hari pertama di Osaka, semalam. Ini kali pertama Jepun menjadi tuan rumah persidanga­n ini.
[ FOTO EPA} Penunjuk perasaan menyertai satu bantahan menentang Sidang Kemuncak G20 pada hari pertama di Osaka, semalam. Ini kali pertama Jepun menjadi tuan rumah persidanga­n ini.
 ?? [ FOTO EFP} ?? (Dari empat kiri ke kanan) Trump, Abe dan X Jinping menghadiri mesyuarat Sidang Kemuncak G20 di Osaka, semalam.
[ FOTO EFP} (Dari empat kiri ke kanan) Trump, Abe dan X Jinping menghadiri mesyuarat Sidang Kemuncak G20 di Osaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia