Berita Harian

Mahrez bikin Mane gigit jari

Algeria gah mara ke kelompok 16 terbaik selepas atasi Senegal

-

Riyad Mahrez dan Algeria melaungkan amaran kepada pencabar kejuaraan Piala Negara Afrika selepas menundukka­n satu lagi calon

juara, Senegal 1-0, di sini, kelmarin.

Bintang Liverpool, Sadio Mane bergelut untuk menampilka­n prestasi terbaiknya bersama Senegal selepas kembali beraksi susulan penggantun­gan dengan gol tunggal permainan dijaringka­n oleh Youcef Belaili pada minit ke-49.

Jaringan berkenaan mengesahka­n tempat buat Algeria di peringkat 16 terbaik kejohanan bola sepak benua itu dengan sudah hampir sedekad pasukan terbabit gagal mencetus impak sejak mara ke separuh akhir edisi 2010.

“Kami tidak boleh bercakap yang kami nampak seperti pasukan yang akan memenangi gelaran,” kata jurulatih Algeria, Djamel Belmadi.

Sebagai pilihan

“Menewaskan Senegal bukan perkara yang mudah untuk dilaksanak­an dan tidak banyak pasukan mampu melakukann­ya, tetapi ia tidak bermakna segala-galanya sudah selesai.

“Ia hanya pasukan kedua peringkat kumpulan. Jelas ia kemenangan ke atas skuad yang amat kuat tetapi ia baharu perlawanan peringkat kumpulan.”

Senegal yang memburu gelaran sulung masih diletakkan sebagai pilihan untuk mengiringi Algeria ke peringkat kalah mati dan dijadual menentang Kenya pada aksi terakhir peringkat kumpulan pada 1 Julai ini.

“Sudah tentu Sadio Mane boleh bermain dengan lebih baik,” kata jurulatih Senegal, Aliou Cisse dengan Mane menjadi salah seorang daripada tiga pertukaran yang dibuatnya pada perlawanan berkenaan.

“Ada begitu banyak kesilapan teknikal dalam permainan kami. Dia nampak kurang menyerlah tetapi saya tidak bimbang. Keseluruha­n pasukan perlu meningkatk­an tahap permainan mereka.”

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Pemain Senegal Sadio Mane (kanan) terjatuh ketika merebut bola dengan pemain Algeria, Riyad Mahrez (tengah) pada kejuaraan Piala Negara Afrika.
[ FOTO EPA ] Pemain Senegal Sadio Mane (kanan) terjatuh ketika merebut bola dengan pemain Algeria, Riyad Mahrez (tengah) pada kejuaraan Piala Negara Afrika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia