Berita Harian

Neymar perlu mohon maaf

-

Paris: Legenda Brazil, Rivaldo berkata Neymar perlu membuat permohonan maaf secara rasmi kepada peminat Barcelona jika dia melengkapk­an kepulangan semula ke Nou Camp musim panas ini.

Neymar meninggalk­an Barca untuk menyertai Paris Saint-germain (PSG) pada 2017 selepas gergasi Perancis itu membayar 220 juta euro (RM1.04 bilion) tetapi selepas dua tahun, pengurusan tertinggi kelab berkenaan tampak bersedia untuk melepaskan­nya.

Rivaldo yang bermain untuk Barca di antara musim 1997 hingga 2002 berkata, dia mahu melihat rakan senegarany­a itu kembali ke Catalunya dan membantu kelab itu menjulang trofi Liga Juara-juara.

Begitupun dia menyedari ada sesuatu yang perlu dibuat pemain berusia 27 tahun itu terutama bagi memulihkan sokongan peminat terhadapny­a.

“Ia keputusan yang sukar,” kata Rivaldo. “Ia sukar disebabkan cara Neymar pergi sebelum ini. Saya fikir ramai peminat marah dengan semua yang berlaku, tetapi itulah bola sepak, ia bagus dan Neymar adalah pemain hebat yang mempunyai personalit­i.

“Jadi jika dia datang ke sini sudah tentu akan ada masanya dia akan dikritik oleh segelintir peminat, tetapi dalam perlawanan, latihan, Neymar masih Neymar yang sama, dan ia boleh menjadi sesuatu yang istimewa buat Barca.

“Dia patut meminta maaf. Ya, secara rasmi, mengakui dia melakukan kesilapan dan berkata ini adalah kediamanny­a, dan dia sudah berubah. Saya fikir semua peminat... ramai akan memahaminy­a, mereka melihatnya di atas padang dalam liga, Liga Juara-juara, melakukan perkara dengan baik dan peminat akan memaafkann­ya dengan mudah.

“Jika ia sama seperti ketika dia bermain di sini bersama (Lionel) Messi dan (Luis) Suarez, ia hebat buat kelab. Jika mereka menang Liga Juara-juara, saya tidak fikir ia akan menjadi masalah buat mereka.” AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia