Berita Harian

Brazil mara separuh akhir

Alisson tabik semangat juang rakan singkir Paraguay menerusi sepakan penalti

-

Penjaga gol Brazil, Alisson menabik semangat juang rakan sepasukann­ya yang mengesahka­n tempat ke peringkat empat terbaik Copa America dengan menyingkir­kan

Paraguay, semalam.

Brazil terpaksa bekerja keras dan dipaksa mengharung­i penentuan penalti - mimpi ngeri yang ingin dielak bertemu Paraguay - selepas 90 minit permainan terikat 0-0 sebelum menamatkan badi dan mara menerusi keputusan 4-3.

Alisson yang juga penjaga gol Liverpool bertindak cemerlang apabila menyelamat­kan cubaan pertama Paraguay menerusi Gustavo Gomez sebelum Derlis Gonzalez turut gagal menyempurn­akan penaltinya.

“Pasukan ini layak meraih kemenangan,” kata Alisson yang memulakan kariernya di sini.

“Ia seri tetapi menentang pasukan yang tidak mahu bermain melainkan serangan balas adalah sukar.

“Kami sudah mara selangkah ke depan, dua lagi langkah untuk mencapai objektif kami iaitu menjadi juara Copa America.”

Paraguay beraksi 10 pemain

Gabriel Jesus yang mengambil sepakan terakhir Brazil mengakui berdebar selepas gagal menyempurn­akan penalti pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebelum ini menentang Peru.

“Pada perlawanan terakhir, saya tidak melihat penjaga gol dan saya hanya melakukan rembatan sekuat yang mungkin dan penjaga gol melakukan aksi menyelamat yang hebat,” kata Jesus.

“Hari ini, saya melakukann­ya seperti biasa, saya melihat dengan tenang penjaga gol dan saya dapat melihatnya bergerak ke kiri dan melorongka­n bola ke arah berlawanan.”

Pada perlawanan itu, Paraguay terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-58 susulan kekasaran Fabian Balbuena terhadap Roberto Firmino dan menampilka­n corak permainan bertahan bagi menghalang gawang mereka daripada dibolosi.

Sebagai rekod, Brazil sebelum ini dua kali tewas kepada Paraguay menerusi penentuan penalti di peringkat sama kejohanan benua itu pada edisi 2011 dan 2015. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia