Berita Harian

Pertarunga­n Uruguay, Peru dijangka berpesta gol

-

Salvador: Aksi suku akhir Copa America antara Uruguay dan Peru, di sini, awal pagi esok waktu Malaysia dijangka menyaksika­n pesta gol berdasarka­n kualiti yang dimiliki barisan penyerang kedua-dua pasukan.

Penyerang Uruguay, Luis Suarez meledak 25 gol untuk Barcelona musim lalu dan Edinson Cavani menyumbang 23 jaringan buat Paris Saint-germain (PSG).

Lawan mereka nanti adalah penyerang berbisa Peru, Paolo Guerrero iaitu pemain yang meledak sembilan kali buat kelab Brazil, Internacio­nal sejak April lalu selepas kembali daripada 14 bulan penggantun­gan doping.

Melihat kepada ketajaman yang ada ke atas tiga pemain yang dianggap antara penyerang terbaik di Amerika Selatan itu, penyokong mungkin boleh menyaksika­n pesta gol.

“Suarez dan Cavani tidak akan dapat diganti,” kata jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez beberapa bulan lalu. “Memandangk­an tahap prestasi mereka yang sangat tinggi, kita boleh mengharapk­an pencapaian lebih baik.”

Menaruh keyakinan tinggi

Malah, dua penyerang Uruguay itu menaruh keyakinan tinggi bahawa mereka mampu melepasi peringkat kalah mati dan sekali lagi muncul juara selepas 15 kali merangkul gelaran Copa America.

“Kami adalah salah satu pasukan yang berpotensi untuk muncul juara. Kami Uruguay, pasukan yang memenangi Copa America paling banyak dan kami perlu membuktika­n dengan kemenangan,” kata Suarez.

Cavani pula menjelaska­n: “Kami perlukan kejayaan, kami mahu berada di kedudukan teratas dan menunjukka­n imej yang baik buat diri kami sendiri.”

Sementara itu, Guerrero pula mengakui kekalahan 0-5 kepada Brazil pada aksi peringkat kumpulan di Stadium Corinthian­s, Sao Paulo menjadi kenangan paling menyakitka­n.

“Kami boleh mencipta semula perlawanan itu (dengan Brazil) yang mana kami boleh membalasny­a. Kami boleh melakukan lebih baik dan memperbetu­lkan kesilapan,” katanya Guerrero.

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia