Berita Harian

‘Tersenarai kelompok 30 terbaik’

Choong Hann sifatkan landasan tepat bergelar pemain utama dunia

- Oleh Naqib Nor Said

Pemain yang disebut-sebut sebagai bintang masa depan negara, Lim Chong King perlu mencapai kelompok 30 terbaik dunia dalam tempoh dua tahun andai mahu mengejar impiannya menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei.

Menurut Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, perkara itu perlu bagi memastikan pemain berusia 19 tahun itu berada dalam landasan tepat untuk bergelar pemain utama dunia.

Dan sekiranya gagal mencapai

sasaran, katanya, ia mungkin berpunca daripada masalah aspek prestasi pemain itu sendiri ataupun pendekatan jurulatih yang tidak menjadi.

“Dalam dua tahun lagi seharusnya dia mencapai platform untuk berada dalam kelompok 30 terbaik dunia, lagipun sekarang semua baru berusia 19 tahun.

“Kalau tak capai sama ada mereka sendiri tidak bagus ataupun barisan jurulatih gagal dalam membimbing. Kita pastinya akan menilai dari pelbagai aspek,” kata Choong Hann ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan Badminton Malaysia (BAM), di Bukit Kiara, di sini, semalam.

Choong Hann berkata demikian sebagai mengulas berhubung perkembang­an empat pemain muda yang baharu diserap ke dalam kem pelapis kebangsaan. Selain Chong King, tiga lagi adalah Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Tze Yong Ng semuanya berusia 19 tahun serta Muhammad Ziyad Md Tah (24 tahun).

Tetapkan sasaran tinggi

Katanya, penting untuk pemainpema­in muda itu menetapkan sasaran tinggi supaya mereka terus mempunyai motivasi untuk menjalani latihan intensif.

“Kalau ikut trend semasa kebanyakan pemain muda akan menonjol pada awal 20-an di pentas antarabang­sa. Jadi ia penting untuk meletakkan misi untuk dicapai oleh pemain muda,” katanya.

Nama Chong King kini mula meniti di bibir peminat tempatan apabila mara ke pentas separuh akhir Kejuaraan Siri Antarabang­sa Malaysia di Ipoh, baru-baru ini sekali gus menyebabka­n ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek turut terpikat.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] ?? Chong Wei bersama anak hadir ke majlis rumah terbuka BAM di Bukit Kiara.
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] Chong Wei bersama anak hadir ke majlis rumah terbuka BAM di Bukit Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia