Berita Harian

Farah teruja bawa Jalur Gemilang di Napoli

-

Kuala Lumpur: Kali pertama memikul tanggungja­wab sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Universiti Dunia 2019 (Universiad­e 2019) di Napoli, Itali pada minggu hadapan, ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi tidak tertekan untuk mempamer aksi terbaik buat kontinjen negara.

“Ini adalah kali pertama dalam karier saya diberi tanggungja­wab pembawa Jalur Gemilang tetapi saya tak rasa tertekan (untuk) menghadiah­kan pingat buat kontinjen.

“Sebaliknya, saya rasa berbangga. Saya tak rasakan ia adalah satu cabaran atau bebanan tetapi bagi saya ia memberi saya lebih semangat untuk beraksi di tahap terbaik di Napoli nanti,” katanya pada temasya yang bermula pada 3 hingga 14 Julai itu.

Gimnas berumur 25 tahun itu tampil pada penyertaan keduanya di Universiad­e dengan pertama pada temasya 2015 lalu di Gwangju, Korea Selatan menyaksika­n beliau menduduki tempat keenam individu keseluruha­n terbaik sekali gus membantu pasukan berada di kedudukan keempat keseluruha­n.

Buat yang terbaik

“Sasaran saya adalah buat yang terbaik kerana persaingan bukan mudah kerana negara kuat seperti Russia, Itali dan Perancis menyenarai­kan gimnas terbaik mereka.

“Saya tak mahu meletakkan Ratu gimnas negara sasaran pingat dahulu. Buat masa ini saya mahu layak ke peringkat final dahulu dan untuk melayakkan kami dalam acara pasukan,” kata penuntut Universiti Monash itu.

Farah Ann akan berganding­an dengan Tan Ing Yueh dan Rachel Yeoh dalam acara berpasukan.

“Pada kali ini hanya tiga gimnas sahaja bertanding dalam acara pasukan dengan hanya dua catatan mata terbaik akan diambil kira berbanding dengan empat gimnas boleh bertanding pada temasya di Gwangju. Hanya saya dan Ing Yueh yang mempunyai pengalaman bertanding di Gwangju dengan Rachel akan turut serta buat kali pertama,” katanya.

Kontinjen negara yang terdiri daripada 35 atlet dan 22 pegawai akan turut serta dalam tujuh jenis sukan, meletakkan sasaran memenangi sekurang-kurangnya satu pingat tanpa mengira warna pada temasya di Napoli yang akan bermula 3 hingga 14 Julai ini.

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] ?? Farah Ann (dua dari kanan) pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia 2019 di UNITEN.
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] Farah Ann (dua dari kanan) pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Dunia 2019 di UNITEN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia