Berita Harian

AGM dijangka bermasalah

PPS dapati pencalonan lima jawatan tertinggi tak ikut peraturan

- Oleh Naqib Nor Said

Pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bagi penggal 2019-2023 yang dijadualka­n di ibu negara, hari ini mencetuska­n persoalan sama ada ia akan berlangsun­g atau sebaliknya.

Ini kerana, mengambil kira kenyataan media daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS) petang semalam seolah-olah memberi gambaran bahawa

pencalonan lima individu bagi perebutan beberapa jawatan didapati tidak sah.

Ia secara tidak langsung meletakkan kedudukan calon Presidenny­a Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan menimbulka­n persoalan.

“PPS pada 25 Jun 2019 menerima aduan daripada Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) berhubung bantahan terhadap pencalonan AGM (MPM) yang akan diadakan pada 29 Jun 2019,” kata kenyataan media PPS itu.

Timbul pertikaian

“MASCA mendakwa tindakan MPM menerima lima (5) borang pencalonan yang lewat dihantar adalah menyalahi peraturan yang ditetapkan. Presiden MPM melalui kenyataan media pada 18 Jun 2019 mengumumka­n Lembaga Eksekutif sebulat suara memutuskan bahawa 5 calon terbabit dibenarkan bertanding.

“Perkara ini telah menimbul pertikaian dikalangan calon yang bertanding. Justeru itu, PPS menjalanka­n siasatan dan memanggil kedua-dua pihak bagi mendapatka­n penjelasan berhubung perkara ini.”

Katanya lagi, berdasarka­n siasatan yang dijalankan didapati MPM tersilap berhubung tarikh tutup borang pencalonan yang disangkaka­n pada 15 Jun 2019.

“Selain itu keputusan Lembaga Eksekutif menerima 5 borang berkenaan boleh dipertikai­kan kerana Setiausaha Agung memaklumka­n ia hanya diputuskan oleh Presiden dan Timbalan sahaja tanpa merujuk kepada exco lain.

“Sehubungan itu PPS mendapati berlaku ketidakaku­ran dalam proses pencalonan terbabit dan keadaan ini adalah tidak mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan,” katanya.

Susulan daripada isu berkenaan menyaksika­n AGM badan induk itu mungkin terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu.

Bagaimanap­un, usaha untuk mendapatka­n penjelasan daripada MPM menemui jalan buntu walaupun pada awalnya badan induk itu dikatakan akan mengeluark­an kenyataan media bagi menjernihk­an situasi yang terjadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia