Berita Harian

Wan Abdul Rahim pilihan PBJ

Dapat sokongan ganti Bibi terajui KAFA, Afandi kekal timbalan

- Oleh Zulfaizan Mansor

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjadi calon utama Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) untuk diangkat sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang baharu.

Menurut sumber terdekat PBJ, ahli gabungan persatuan berkenaan juga menyenarai­kan nama Datuk Seri Afandi Hamzah untuk dikekalkan sebagai Timbalan Presiden.

Sumber itu memaklumka­n sudah ada beberapa nama calon yang diserahkan kepada persatuan itu sebelum tempoh pencalonan berakhir, esok.

“Setakat ini Wan Abdul Rahim berada dalam senarai

calon Presiden PBJ dan kami akan hantar pencalonan sebelum tempoh untuk berbuat demikian berakhir.

“Bukan saja Presiden, kami juga sudah ada senarai calon bagi jawatan lain atau ‘pasukan bayangan’ untuk memimpin KAFA. Ia termasuk dari Timbalan Presiden, Naib Presiden dan EXCO.

Mampu selamat KAFA

“Gandingan Wan Abdul Rahim dan Afandi di dua kerusi teratas diharap mampu menyelamat­kan KAFA yang kini berdepan masalah kritikal termasuk pasukan Kelantan diambang tersingkir ke Liga M3 musim depan,” kata sumber itu, semalam.

Pada 18 Jun lalu, kerusi Presiden KAFA kosong selepas Bibi Ramjani Ilias Khan mengumumka­n peletakan jawatannya yang dipercayai berpunca daripada desakan beberapa pihak termasuk PBJ.

Selain Wan Abdul Rahim, turut dilaporkan berminat bertanding jawatan presiden KAFA adalah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz

Namun, mana-mana individu yang berminat untuk menerajui KAFA perlu mendapat pencalonan daripada ahli gabungan bagi membolehka­n mereka bertanding pada pemilihan barisan kepemimpin­an baharu persatuan itu pada 6 Julai ini.

 ??  ?? Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
 ??  ?? Afandi Hamzah
Afandi Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia