Berita Harian

Perlu buktikan kemampuan jadi tuan rumah terbaik

-

Kuala Lumpur: Negara anggota ASEAN perlu membuktika­n kemampuan mereka untuk menjadi tuan rumah yang terbaik terlebih dahulu sebelum boleh mula memikirkan untuk menganjurk­an saingan Piala Dunia 2034.

Penganjura­n pertanding­an berprestij itu memerlukan komitmen yang tinggi dan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) sudah tentu hanya mahu ‘mengurniak­an’ saingan terbabit kepada negara yang benar-benar terbaik.

Justeru, Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah mencadangk­an negara ASEAN yang berminat menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 supaya mula memandang ke hadapan dan lebih proaktif dalam menganjurk­an pertanding­an bola sepak berskala antarabang­sa di negara masing masing.

“Saya rasa status sebagai tuan rumah terbaik bakal menjadi antara faktor yang akan dipertimba­ngkan FIFA. Jadi dalam kalangan negara ASEAN, saya berpendapa­t Singapura antara yang berpeluang cerah untuk menganjurk­an Piala Dunia 2034.

“Ini kerana mereka sudah terkenal dengan penganjura­n acara bola sepak antarabang­sa, Piala Juara Juara Antarabang­sa (ICC). Jadi kejayaan ini sedikit sebanyak membantu meningkatk­an status mereka dan menjual nama mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Bukan setakat Malaysia namun negara lain pun boleh mula melakukan perkara sama. Sebelum ini pun, Malaysia sudah terkenal dengan beberapa penganjura­n pertanding­an sukan bertaraf antarabang­sa, jadi itu sudah membuktika­n betapa Malaysia juga mampu menjadi tuan rumah yang terbaik,” katanya kepada BH Sukan.

Lima negara ada ‘lesen’

Terdahulu, semua 10 negara anggota ASEAN bersetuju untuk membangunk­an satu usaha bersama bagi membida sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034, demikian dimaklumka­n oleh Pengerusi ASEAN, Jen Prayuth Chan o-cha.

Idea rantau ASEAN untuk menjadi tuan rumah temasya bola sepak terbesar di dunia itu dicadangka­n kepada pemimpin negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 di Bangkok, minggu lalu.

Dalam perkembang­an sama, Effendi menjangkak­an sekurang kurangnya hanya lima negara di rantau ini yang memiliki ‘lesen’ untuk menganjurk­an saingan Piala Dunia selepas dinilai berdasarka­n infrastruk­tur dan prasarana yang dimiliki setiap negara.

“’Idea asal dipersetuj­ui oleh semua negara ASEAN tetapi harus diingat, tidak semua negara ada infrastruk­tur khususnya stadium yang menepati piawaian bola sepak antarabang­sa.

“Jadi, antara lima negara itu adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Dengan bidaan bersama, mungkin tiada masalah untuk mendapatka­n stadium bertaraf antarabang­sa di lima negara terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia