Berita Harian

Tawau, Kalimantan Utara mampu jadi penggerak ekonomi

Syor zon sokong sektor dagangan antara dua negara

- Oieh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

Kawasan Serudong di Tawau dan Kalimantan Utara berupaya menjadi zon ekonomi yang strategik bagi menyokong sektor perdaganga­n di kedua-dua

wilayah berkenaan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata kedudukan Sabah khususnya Tawau yang terletak berhampira­n Kalimantan Utara mempunyai pelbagai potensi ekonomi untuk meningkat ekonomi penduduk di situ.

Manfaat tingkat dagangan

Beliau berkata, lokasi Tawau yang berhampira­n dengan sempadan Indonesia harus dimanfaatk­an sebaiknya bagi meningkatk­an lagi ekonomi perdaganga­n kedua-dua negara.

“Selain itu, dengan adanya jaringan Lebuhraya Pan Borneo, ia turut memberi manfaat kepada pengguna jalan raya termasuk memberi impak kepada pertumbuha­n ekonomi masyarakat.

“Oleh itu, amat wajar kerajaan mengambil pendekatan awal dengan mewujudkan zon ekonomi bagi menggalakk­an perdaganga­n antara Tawau dan Kalimantan Utara yang secara tidak langsung turut memberi peluang kepada masyarakat menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu, Khrisna Djelani, di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini.

Syed Abas berkata, berikutan kekangan dan masalah sistem barter di perairan pantai timur Sabah, Kalimantan menjadi antara jalan penyelesai­an terbaik dalam menjalin lebih banyak kerjasama ekonomi serantau.

“Satu kaedah baharu harus diterokai bagi memastikan Tawau terus berkembang maju. Berikutan ada kekangan untuk menjalanka­n perdaganga­n di laut sehingga menjejaska­n sesetengah perniagaan, pembukaan laluan darat harus diberi pertimbang­an demi menjamin pertumbuha­n ekonomi di Tawau,” katanya.

Sementara itu, Krishna berkata, Indonesia sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan Sabah, di samping mengeratka­n hubungan dua hala melalui pelbagai potensi yang boleh diterokai bagi memenuhi permintaan penduduk di Kalimantan.

“Sabah bertuah kerana mempunyai konsul jeneral di Tawau dan Kota Kinabalu. Kita juga akan bekerjasam­a dengan kerajaan dan mengeratka­n lagi persahabat­an khususnya dalam aspek sosial, ekonomi serta budaya.

 ?? [FOTO LIZA DIN /BH] ?? Syed Abas ketika menerima kunjungan hormat Khrisna (kanan) di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO LIZA DIN /BH] Syed Abas ketika menerima kunjungan hormat Khrisna (kanan) di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia