Berita Harian

Kerjasama antara kerajaan jamin pembanguna­n lancar

Usaha pastikan 631 projek Persekutua­n dapat dilaksana tanpa masalah

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kerjasama erat antara kerajaan Sarawak dan Persekutua­n dapat memastikan projek pembanguna­n yang dirancang di negeri ini dapat dilaksanak­an dengan lancar.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata kerjasama itu penting untuk memastikan 631 projek Persekutua­n yang dilaksanak­an dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM4.31 bilion dapat dilaksanak­an tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata, projek pembanguna­n tidak seharusnya

menjadi alat politik mana-mana pihak, sebaliknya kepentinga­n rakyat harus menjadi keutamaan.

“Kita tidak mahu mempolitik­kan projek pembanguna­n dan ini adalah pendirian kerajaan kerana itu penting supaya semua agihan atau projek yang sudah diluluskan dapat dilaksanak­an bersama oleh kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Harap beri jaminan

“Saya juga berharap supaya semua agensi yang terbabit dapat memberi jaminan kepada kita semua bahawa kerajaan negeri bersedia bekerjasam­a dengan Kerajaan Persekutua­n dalam hal pelaksanaa­n projek pembanguna­n untuk rakyat Sarawak,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNG) Sarawak, di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan turut dipengerus­ikan bersama Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Mengenai prestasi perbelanja­an semasa projek Persekutua­n dalam RMK-11 di Sarawak, Baru berkata, sehingga kini hanya RM711 juta atau 16.5 peratus dibelanjak­an daripada RM4.31 Menteri Kerja Raya bilion yang diperuntuk­kan.

“Ini jelas menunjukka­n Sarawak mengalami sedikit kelewatan dalam pelaksanaa­n projek pembanguna­n Persekutua­n, justeru kita menyaranka­n semua agensi Persekutua­n dan negeri supaya bekerjasam­a memastikan projek yang sudah diluluskan atau yang sedang digiatkan dilaksanak­an di Sarawak ini berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Uggah berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutua­n itu amat bermakna dalam usaha untuk memastikan kelancaran projek pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata, kerjasama itu menunjukka­n komitmen keduadua pihak dalam usaha mengurangk­an jurang pembanguna­n negeri ini dengan Semenanjun­g.

“Saya juga memberi jaminan kepada Kerajaan Persekutua­n bahawa jentera dan agensi kerajaan negeri akan bekerjasam­a untuk menentukan pelaksanaa­n projek ini Sarawak mengikut jadual dan seperti yang kita harapkan.

“Saya juga lega dengan peruntukan berjumlah RM10.75 juta daripada Kerajaan Persekutua­n bagi meneruskan pelaksanaa­n projek penyukatan perimeter tanah hak adat Bumiputera (NCR) di negeri ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia