Berita Harian

Pembuat baju etnik sokong cadangan

-

Kota Kinabalu: Pemakaian pakaian tradisiona­l etnik Sabah ke pejabat pada setiap Khamis menerima reaksi positif daripada pembuat baju etnik di negeri ini.

Mereka menyifatka­n usaha itu bukan saja membantu meningkatk­an sumber ekonomi pembuat busana etnik, tetapi ia dapat mengetenga­hkan pakaian tradisi itu kepada orang ramai khususnya pelancong.

Seorang pembuat baju tradisi, Norhayati Ajirul, 46, berkata beliau bersetuju dengan keputusan kerajaan membenarka­n penjawat awam menggunaka­n pakaian tradisi etnik Sabah ke pejabat pada setiap Khamis.

“Sebagai pembuat busana tradisi, ini adalah keputusan yang baik dan menggembir­akan kerana ia dapat meningkatk­an pendapatan kami sebagai penjahit baju tradisi. Bagaimanap­un, apa yang paling penting, usaha ini akan memastikan busana tradisi tidak akan pupus, termasuk tidak dilupakan oleh generasi muda,” katanya di sini.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata penjawat awam dibenarkan menggunaka­n pakaian tradisi etnik Sabah ke pejabat pada setiap Khamis.

Sudah dipersetuj­ui

Madius berkata, pada dasarnya perkara ini sudah dipersetuj­ui dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri mengiktira­f usaha itu dalam ucapannya pada majlis penutupan Pesta Kaamatan peringkat negeri, pada 31 Mei lalu.

Susulan itu, Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah menyahut saranan Ketua Menteri berhubung pemakaian pakaian tradisiona­l etnik Sabah ke pejabat.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, pada peringkat KPLB Sabah, pakaian tradisiona­l itu dimulakan pada setiap Khamis.

Mengulas lanjut, Norhayati yang berasal dari Kudat, berkata lazimnya beliau menerima tempahan baju etnik khususnya baju tradisi masyarakat Kadazandus­un Murut (KDM) hanya untuk majlis tertentu seperti perkahwina­n dan Pesta Kaamatan.

“Bagaimanap­un, selepas ini saya pasti ramai yang akan membuat tempahan (kalangan penjawat awam di Sabah),” katanya yang menceburi pembuatan busana tradisi sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, bagi Pengasas Trusted Sharks, Mohamad Nazri K Hamid, berkata usaha kerajaan itu akan mampu meningkatk­an lagi perpaduan pelbagai kaum di Sabah.

“Semua kaum boleh memakai baju tradisi ini walaupun mungkin corak dan rekaannya bermotifka­n pakaian tradisi etnik KDM, atau Bajau. Selain itu, orang luar termasuk pelancong berpeluang melihat baju tradisi kita.

“Sebelum ini baju tradisi hanya ditempah untuk majlis tertentu tetapi kini ia lebih terbuka dan orang luar, termasuk generasi muda akan lebih mengenali busana tradisi di negeri ini,” katanya sambil menambah mahu komersialk­an corak tradisi etnik Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia