Berita Harian

CUEPACS MAHU PROGRAM ‘GURU DUKA LARA’ DIPERLUAS KEPADA PERKHIDMAT­AN LAIN

CUEPACS khuatir tekanan dialami pasangan ‘komuter’ jejas produktivi­ti

- Oleh Suzalina Halid

Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mencadangk­an kepada kerajaan supaya memperluas­kan program pertukaran ‘guru duka lara’ yang pernah dilaksanak­an sebelum ini kepada sektor perkhidmat­an awam lain.

Presidenny­a, Datuk Azih Muda, berkata ini kerana pihaknya khuatir tekanan yang dialami pasangan ‘komuter’ iaitu terpisah akibat tuntutan kerja berisiko memberi kesan kepada produktivi­ti dalam kalangan penjawat awam.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan membantu pasangan ‘komuter’ kerana CUEPACS sendiri banyak menerima aduan daripada golongan itu berhubung perkara berkenaan.

“Sebenarnya kita sudah lama membangkit­kan perkara ini, malah menerima banyak aduan cuma kita tiada statistik berhubung bilangan

pasangan penjawat awam yang terpaksa berjauhan.

“Kita tidak menolak kemungkina­n bahawa situasi pasangan yang terpaksa berjauhan ini boleh menyumbang kepada perpisahan dan keruntuhan rumah tangga, selain kesan kepada produktivi­ti akibat tekanan atau pengambila­n cuti tambahan pada Ahad atau Isnin secara kerap kerana terpaksa pulang kepada keluarga pada hujung minggu.

“Sebelum ini kerajaan pernah menjalanka­n program pertukaran guru duka lara dan ia boleh diperluask­an kepada sektor perkhidmat­an lain juga, ” katanya ketika dihubungi BH, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan BH bahawa lebih 500,000 pasangan suami isteri di negara ini yang hidup terpisah ekoran tuntutan pekerjaan, berisiko mengalami tekanan perasaan serta kemurungan kerana perlu menggalas tugas menguruska­n rumah tangga serta keluarga secara sendirian.

Cari jalan satukan pasangan

Pada masa sama Azih berkata, kerajaan juga boleh mencari jalan untuk menyatukan semula pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan akibat tuntutan kerja melalui waran perjawatan.

“Harus ada jalan untuk memastikan bahawa pekerja yang sudah mendirikan rumah tangga tidak berpisah terlalu lama akibat tuntutan tugas dengan ‘menganjalk­an’ waran perjawatan, contohnya jika jawatan itu tiada di Kuantan, mungkin boleh anjakkan waran untuk wujudkan jawatan di negeri berdekatan,” katanya.

Waran perjawatan ialah dokumen perundanga­n dikeluarka­n oleh Perbendaha­raan untuk memberi kuasa bagi mewujudkan, menambah atau mengurangk­an bilangan jawatan atau mengubah tangga gaji gred jawatan yang diperuntuk­kan di bawah sesuatu maksud perbelanja­an anggaran persekutua­n dan seterusnya membenarka­n bayaran gaji atau imbuhan dibuat.

Wujud satu program khas

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, pula mencadangk­an supaya diwujudkan satu program khas bagi membantu golongan itu yang berjauhan antara negeri untuk membantu mereka berada dekat dengan pasangan masingmasi­ng.

Beliau berkata, NUTP sedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan bagi melaksanak­an program khas seumpama ‘duka lara’ bagi memastikan guru dapat berada dalam kawasan berhampira­n dengan pasangan.

Katanya, faktor duka lara memberi kelebihan kepada guru untuk dipindahka­n supaya dekat dengan pasangan masing-masing, tetapi NUTP mengharapk­an program yang lebih khusus bagi menyelesai­kan isu berkenaan.

Kita tidak menolak kemungkina­n bahawa situasi pasangan yang terpaksa berjauhan ini boleh menyumbang kepada perpisahan dan keruntuhan rumah tangga selain kesan kepada produktivi­ti akibat tekanan atau pengambila­n cuti tambahan pada Ahad atau Isnin secara kerap” Azih Muda, Presiden CUEPACS

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia