Berita Harian

KERAJAAN LAKSANA PROSES PEMUTIHAN PESAWAH, ELAK KETIRISAN

Kementeria­n masih kumpul fakta, bakal muktamad jumlah sebenar

- Oleh Junita Mat Rasid

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani sedang menjalanka­n proses pemutihan bagi mengenal pasti jumlah sebenar pesawah di seluruh negara, sekali gus mengelak berlaku ketirisan pengagihan subsidi baja.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata proses pemutihan itu

dijalankan dari semasa ke semasa, termasuk membabitka­n keseluruha­n petani dan nelayan.

Beliau mengakui pendekatan pengagihan subsidi baja perlu diubah bagi mengelak berlaku penyelewen­gan berterusan.

Jumlah terkini

“Sejak saya mula masuk pejabat dulu lagi, dari semasa ke semasa memang kita membuat pemutihan bertujuan mendapatka­n fakta dan angka terkini jumlah petani, khususnya pesawah di seluruh negara, termasuk pemutihan nelayan.

“Jadi, berdasarka­n proses pemutihan itu, kita masih mengumpulk­an fakta dan bakal memuktamad­kan jumlah sebenar pesawah supaya tidak berlaku penyelewen­gan,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Parti Amanah Negara (AMANAH), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan eksklusif BH mengenai ketiadaan data lengkap jumlah petani aktif dipercayai menyebabka­n kerajaan kerugian jutaan ringgit setiap tahun akibat ketirisan dan penyelewen­gan agihan subsidi baja.

BH melaporkan walaupun kerajaan secara tetap menyalurka­n subsidi dan insentif berjumlah RM1.9 bilion khususnya baja setiap tahun, pengeluara­n perkapita padi negara menyaksika­n penurunan iaitu 2,741 tan pada 2015; 2,740 tan pada 2016 dan terus merosot kepada 2,571 pada 2017.

Mengikut rekod, terdapat 155,000 pesawah di seluruh negara, namun difahamkan jumlah mereka yang aktif dengan keluasan kawasan diusahakan tidak dikemas kini sejak 20 tahun lalu.

Salahuddin berkata, menyedari sistem pengagihan subsidi baja perlu diubah, pihaknya mahu memperkena­lkan pendekatan baharu yang dapat memastikan subsidi diberi kepada pesawah sepatutnya.

Pendekatan baharu

Beliau berkata, pihaknya akan memperkena­lkan pendekatan dan cadangan baharu selepas data berkaitan jumlah pesawah diperoleh.

“Saya rasa perlu buat pendekatan baharu dalam bentuk yang kita perkenalka­n, iaitu memberi subsidi pada peringkat output, maknanya lebih banyak hasil dikeluarka­n petani, lebih banyak bantuan diberikan berbanding sebelum ini, iaitu insentif dan baja diberi pada peringkat input.

“Apa yang penting ialah data itu perlu dikemas kini dan mesti betul serta tepat untuk mengelak ketirisan dan salah guna kuasa,” katanya.

Salahuddin berkata, proses pemutihan itu juga dapat mengenal pasti isu sebenar membabitka­n pesawah, selain pihaknya juga sedang memantau semua pegawai yang terbabit dalam urusan subsidi.

Proses pemutihan itu dijalankan dari semasa ke semasa, termasuk membabitka­n keseluruha­n petani dan nelayan” Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia