Berita Harian

Kerajaan rancang susun petempatan

Pelan tempatkan penduduk di kawasan perumahan teratur: PM

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan

Seminggu selepas pendedahan BH mengenai petempatan haram Bukit Malut yang dianggap lokasi paling hitam di sini kerana masalah jenayah dan sosial, kerajaan semalam mengumumka­n perancanga­n membina dan menyusun semula kawasan setinggan itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan merangka satu pelan supaya penduduk di kawasan itu dapat ditempatka­n di kawasan perumahan lebih teratur.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, pelan terbabit bukan sahaja akan memberi keselesaan kepada penduduk, tetapi juga mampu menyelesai­kan masalah sosial lain yang timbul kerana penduduk tidak memiliki rumah selesa.

“Kita tahu mereka (penduduk Bukit Malut) bukan penduduk tempatan. Mereka datang dari tempat lain dan tidak memiliki rumah. Jadi mereka datang ke sini dan mendirikan rumah sehingga kawasan Bukit Malut menjadi kawasan setinggan,” katanya.

Dr Mahathir ditemui media pada

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Langkawi di sini yang turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat dan ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad.

Perdana Menteri mengulas perancanga­n kerajaan dalam menangani pelbagai isu di Bukit Malut sehingga menimbulka­n kebimbanga­n penduduk tempatan seperti didedahkan akhbar ini pada 23 Jun lalu.

Kawasan paya bakau, hutan

Difahamkan, kawasan paya bakau dan hutan kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuah itu mula diteroka secara haram pada awal 1980-an oleh pelarian Myanmar yang membina rumah di pesisir laut sebelum ia terus berkembang ke kawasan berbukit.

Petempatan itu yang merangkumi beberapa kampung kecil dianggar menempatka­n kira-kira 800 rumah serta antara 5,000 hingga 8,000 penduduk, dianggap lokasi paling hitam di pulau ini, berikutan laporan kes jenayah serta dadah yang kerap berlaku.

Bagi penduduk asal Langkawi, Bukit Malut dianggap misteri kerana masyarakat di situ kurang bercampur dengan orang tempatan walaupun kebanyakan mereka terbabit dalam kegiatan ekonomi setempat termasuk memiliki perniagaan sendiri.

Tinjauan BH sebelum ini mendapati kesesakan kediaman penduduk yang memenuhi pinggir pantai Bukit Malut, membuatkan kawasan terbabit umpama petempatan haram di Sao Paulo, Brazil atau setinggan di Mexico City, Mexico.

Petempatan itu juga didapati semakin berkembang seperti perkampung­an atas air yang banyak dibina warga asing di Sabah, namun dilaporkan kebal tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa hingga menimbulka­n tanda tanya penduduk pulau ini.

Awal minggu ini, Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah, Tan Kok Yew dipetik berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankua­sa khas untuk melakukan proses pemutihan bagi memastikan pendatang asing tanpa izin tidak terus menceroboh Bukit Malut.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyampaik­an sumbangan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Langkawi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyampaik­an sumbangan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Langkawi, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad 23 Jun lalu.
Keratan akhbar BH Ahad 23 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia