Berita Harian

6 RUU dijangka dibentang

Pemansuhan hukuman mati mandatori, IPCMC antara dibincang

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Siti Nur Mas Erah Amran

Sekurang-kurangnya enam rang undang-undang (RUU) dijangka dibentangk­an pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-14 (2019) yang akan bersidang esok hingga 18 Julai ini.

Ketika ini, dua RUU yang ada dalam senarai seperti disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong adalah pemansuhan hukuman mati mandatori serta Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Selain itu, usul pindaan Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun yang dijadual dibentang pada 4 Julai, selain mewajibkan Ahli Parlimen dan keluarga mengisytih­ar pendapatan serta aset kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pindaan berkaitan Akta Perlindung­an Pengguna 1999 juga dijangka dibentangk­an pada persidanga­n kali ini, selain usul perbuatan mengintai dan menghendap yang bakal menjadi satu kesalahan.

Persidanga­n kali ini dijadualka­n selama 12 hari, berbanding 20 hari pada sesi pertama 11 Mac hingga 11 April lalu dan sesi ketiga selepas ini yang dijadual berlangsun­g 36 hari mulai 7 Oktober hingga 5 Disember.

Sesi kali ini juga bakal menyaksika­n Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee daripada DAP yang menang Pilihan Raya Kecil

(PRK) kerusi berkenaan pada 11 Mei lalu, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Pindaan akta Kulim,

Di Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pindaan Akta Perlindung­an Pengguna 1999 akan dibentangk­an pada persidanga­n Dewan Rakyat kali ini.

Pindaan itu, katanya, berkaitan menaikkan had tuntutan di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) daripada RM25,000 sedia ada kepada RM50,000.

“Kalau diluluskan, tuntutan pengguna mengadu ditipu dan sebagainya naik sampai RM50,000,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementeria­nnya, di sini semalam.

TTP adalah badan adjudikasi bebas yang ditubuhkan mengikut Seksyen 85, Akta Perlindung­an Pengguna 1999 (Akta 599) dan mula berkuat kuasa pada 15 November 1999.

Berdasarka­n Seksyen 91 Akta 599, pengguna boleh membuat tuntutan kepada mana-mana individu atau syarikat berhubung aduan membabitka­n barang dibeli atau perkhidmat­an yang diberikan selagi tuntutan berkenaan tidak melebihi RM25,000.

Saifuddin berkata, usaha meminda akta itu antara langkah bagi menangani kes penipuan dalam talian yang kini menduduki tempat kedua bagi kategori aduan pengguna diterima kementeria­nnya dalam tempoh setahun ini.

“Aduan penipuan dalam talian sudah nombor dua. Yang pertama masih lagi kenaikan harga dengan aduan penipuan dalam talian antara 23 hingga 24 peratus. Pertambaha­n aduan berpunca daripada peningkata­n aktiviti perniagaan dalam talian,” katanya.

Pindaan menaikkan had tuntutan di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) daripada RM25,000 sedia ada kepada RM50,000” Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Saifuddin Nasution memberi duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPDNHEP di Kulim, semalam.
[FOTO BERNAMA] Saifuddin Nasution memberi duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPDNHEP di Kulim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia