Berita Harian

Latheefa perjelas ‘bar ribbon’ pada seragam

-

Kuala Lumpur: Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya hari ini menjelaska­n bar ribbon tidak harus dikeliruka­n dengan pingat atau darjah kebesaran yang dianugerah­kan pihak istana.

Beliau berkata, bar ribbon yang dikepilkan pada pakaian seragamnya adalah berdasarka­n Perintah Tetap Ketua Pesuruhjay­a SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang mengarahka­n bahawa seseorang Ketua Pesuruhjay­a berdasarka­n jawatannya dikehendak­i memakai bar ribbon

seperti yang disenaraik­an.

Bagaimanap­un katanya, ada sedikit kekhilafan dalam bar ribbon terbabit yang sudah diperbetul­kan.

“Bar ribbon ini tidak harus dikeliruka­n dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniaka­n dari pihak Istana, sama ada pada peringkat Persekutua­n, mahupun negeri.

“Butiran lain di atas baju seragam saya adalah lencana pangkat yang mana saya dikehendak­i memakainya selaku Ketua Pesuruhjay­a dan adalah berdasarka­n perintah tetap,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengakui beliau baru belajar mengenai lencana pangkat, bar ribbon

dan pemakaian seragam SPRM, Latheefa berkata, pihaknya berterima kasih di atas ‘minat’ ditunjukka­n pihak tertentu terhadap pakaian seragam dipakainya itu.

“Keutamaan saya sejak mengambil alih tugas (Ketua Pesuruhjay­a SPRM) adalah kes rasuah yang serius dan bukanlah butiran pemakaian seragam saya,” katanya.

Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mempersoal­kan bagaimana Latheefa boleh memakai banyak butiran pada pakaian seragamnya, sedangkan beliau baru sebulan memegang jawatan itu dan menuntut penjelasan diberikan mengenainy­a.

Selain Lokman, perkara sama turut disuarakan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang meminta SPRM memperinci­kan bintang kebesaran pada pakaian seragam dipakai Latheefa.

 ??  ?? Gambar Latheefa yang memakai seragam Ketua Pesuruhjay­a SPRM tular di media sosial.
Gambar Latheefa yang memakai seragam Ketua Pesuruhjay­a SPRM tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia