Berita Harian

Cuti paterniti bantu reda tekanan

-

Ipoh: Cuti paterniti selama tiga hari kepada pekerja sektor swasta, penting bagi memberikan sokongan, sekali gus dapat mengurangk­an tekanan dialami isteri baru bersalin.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata tempoh tiga hari yang dicadangka­n itu adalah sangat asas.

“Dalam tempoh itu, kadangkala ibu belum dibenarkan keluar daripada hospital, terutama mereka yang bersalin secara pembedahan.

“Jadi keperluan dan nilai cuti paterniti itu tidak boleh dinilai dari segi kewangan sahaja, isu keruntuhan rumah tangga adalah berpunca daripada tekanan apabila seorang sahaja daripada penjaga perlu memikul tanggungja­wab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan konvokesye­n dan penyampaia­n Sijil Perguruan Pendidikan Khas Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelek (PUIBI) Perak serta penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada majikan pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) di Dewan Sekolah Semangat Maju, Kampung Tawas di sini semalam.

MEF bantah

Yang turut hadir, isteri Menteri Besar yang juga Pengerusi Pertubuhan Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakilwakil Rakyat Pakatan Harapan Perak (KASIH Perak), Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Yeoh mengulas bantahan Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF) terhadap cadangan kerajaan untuk memberi cuti paterniti tiga hari kepada pekerja lelaki sektor swasta apabila isterinya melahirkan anak.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan, dilaporkan berkata, pemberian cuti wajib tiga hari kerana isteri bersalin itu akan memberi kesan terhadap kos operasi syarikat.

BH sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata akan meneruskan siri perbincang­an dengan semua pihak berkaitan, termasuk majikan, bagi mendapatka­n kata sepakat berhubung cadangan itu.

Yeoh berkata, bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, sokongan daripada keluarga, terutama suami sangat diperlukan, termasuk bagi mengurangk­an rasa kesakitan selepas proses pembedahan itu.

Beliau berkata, maklum balas rasmi terhadap sokongan perkara itu sudah diberikan kepada Kementeria­n Sumber Manusia yang mengemukak­an cadangan berkenaan.

Tempoh tiga hari yang dicadangka­n itu adalah sangat asas” Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia