Berita Harian

Logo TMM 2020 dilancar bulan depan

Kementeria­n rancak promosi produk pelanconga­n di dalam, luar negara

-

Logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 dijangka dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bulan depan.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata 60 peratus promosi pelanconga­n menjelang TMM 2020 di dalam dan luar negara sedang rancak dijalankan.

Katanya, promosi dipergiatk­an antaranya di Thailand, World Travel Market di London dan Arabian Travel Market di Dubai bagi menggalakk­an kedatangan pelancong asing, tahun hadapan.

“Promosi ini hampir selesai, terutama di luar negara dan ia menjadi sebahagian tarikan serta promosi industri pelanconga­n tempatan.

“Kita melihat perkembang­an positif tiga bulan pertama tahun ini, selain banyak papan tanda mega diletakkan di lokasi strategik pada peringkat tempatan.

“Dari Januari hingga Mac lalu, kita merekodkan 6.7 juta pelancong dengan menjana RM21.4 bilion pendapatan kepada negara,” katanya selepas

merasmikan Pesta Pelanconga­n Kebudayaan dan Sukan Dua Negara Malaysia-thailand 2019 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Gabenor Narathiwat, H E Ekkarat Leesen.

Belum putus bina bangunan

Sementara itu, mengenai cadangan membina bangunan 21 tingkat bernilai RM255 juta di kawasan Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC) yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur belum diputuskan lagi.

Mohamaddin mengambil sikap telus meskipun cadangan itu dibuat ketika pentadbira­n kerajaan terdahulu dan beliau selaku menteri bertanggun­gjawab terhadap kementeria­n berkenaan jika projek berkenaan mendatangk­an keuntungan pada kerajaan dan rakyat.

“Keputusan bangunan ikonik di ibu negara ini tiada keputusan lagi kerana belum diluluskan atau dibawa ke Kabinet,” katanya.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan kementeria­n itu merancang membangunk­an bangunan pentadbira­n di atas kawasan MATIC.

Ia diluluskan kerajaan terdahulu pada 2017, namun statusnya masih tergantung selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Mei 2018.

Mengenai Pesta Pelanconga­n, Kebudayaan dan Sukan Dua Negara Malaysia-thailand, disifatkan inisiatif saling menyokong dalam bidang pelanconga­n dan budaya, sekali gus menjadikan­nya sektor yang berdaya menarik.

“Festival ini menggabung­kan rakan industri berkongsi maklumat dalam membangunk­an pelanconga­n dan potensi budaya di kedua-dua negara.

Sempena festival itu, pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya perlawanan bola sepak, acara tarik tali, permainan golf serta tarian kebudayaan kedua-dua negara.

Mohamaddin yakin menerusi kempen TMM 2020, pihaknya menjangkak­an ketibaan 30 juta pelancong dengan pulangan pendapatan RM100 bilion, pada tahun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia