Berita Harian

Kedudukan Malaysia Airlines masih dikaji

-

Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) belum memutuskan kedudukan syarikat penerbanga­n negara, Malaysia Airlines, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Khazanah berkata, isu mengenai kedudukan syarikat penerbanga­n negara itu ada dibincangk­an secara ringkas pada mesyuarat lembaga Khazanah akhir tahun lalu.

“Perkara ini (kedudukan Malaysia Airlines sama ada dijual) ada dibangkitk­an pada mesyuarat, tetapi kita mahu kaji lebih lanjut mengenai pilihan ini dan melihat apa pilihan terbaik bagi memastikan­nya akan kekal berdaya maju untuk kita meneruskan­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Parti Amanah Negara (AMANAH), di sini, semalam.

Azmin berkata, setakat ini tiada tempoh masa tertentu ditetapkan berhubung kajian mengenai Malaysia Airlines oleh Khazanah.

“Tiada tempoh ditetapkan tetapi kami benarkan Khazanah menjalanka­n kajian sebelum ia dibincangk­an semula pada mesyuarat lembaga pengarah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan mahu identiti syarikat penerbanga­n negara dikekalkan walaupun selepas ia dijual.

Sebelum ini beberapa veteran Malaysia Airlines termasuk bekas ketua pegawai eksekutifn­ya yang mahu pengurusan syarikat penerbanga­n itu dirombak selepas gagal membantu meletakkan syarikat itu dalam kedudukan 20 terbaik pada kaji selidik antarabang­sa penerbanga­n baru-baru ini.

Dr Mahathir pernah berkata Malaysia bersedia pertimbang­kan untuk menjual Malaysia Airlines sekiranya terdapat tawaran baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia