Berita Harian

Kaji tamat monopoli ANGKASA

Syor wujud satu lagi badan tingkat pendapatan koperasi

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan sedang mengkaji untuk menamatkan monopoli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) dengan mewujudkan satu lagi badan seperti ANGKASA, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Beliau berkata, kementeria­nnya akur sejak 48 tahun lalu, ANGKASA adalah badan Apeks (tunggal) bagi koperasi, tetapi kementeria­n tidak mahu ia terus memonopoli tadbir urus seluruh koperasi.

Susulan itu, katanya, pihaknya sedang mengkaji dengan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia untuk mewujudkan ANGKASA 2 iaitu badan utama kedua yang terbabit dalam hal ehwal berkaitan koperasi di negara ini, sekali gus dapat meningkatk­an pendapatan negara.

“Pada hujung tahun lalu, saya lontarkan cabaran ANGKASA

supaya mencapai perolehan RM50 bilion dalam tempoh setahun iaitu sehingga Disember 2020, berbanding rekod kini RM40.31 bilion, tetapi setakat ini saya tidak nampak berlaku pertambaha­n hasil.

“Sebenarnya, ANGKASA adalah satu gergasi yang masih tidur, jadi kementeria­n perlu bangunkan dari ‘tidur’ dan minta mereka terus terokai peluang yang diwujudkan pada peringkat nasional,” katanya berucap pada majlis perasmian Persidanga­n Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-34 di sini, semalam.

Persidanga­n itu yang dipengerus­ikan Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah turut dihadiri 4,500 perwakilan koperasi dari seluruh negara.

Redzuan berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dijangka merasmikan Dasar Keusahawan­an Nasional (DKN) 2030 iaitu dasar julung kali diwujudkan bagi meningkatk­an pendapatan masyarakat dan pertumbuha­n ekonomi pada waktu terdekat.

Sasar perolehan RM80 bilion

“Buku DKN akan dilancarka­n Dr Mahathir dan dasar itu bersetuju bahawa sektor koperasi sebagai satu daripada teras dengan sasaran perolehan RM80 bilion dalam tempoh 10 tahun lagi.

“Menerusi dasar ini, koperasi bukan saja berfungsi untuk mencari dana membantu pinjaman peribadi ahli, tetapi lebih kepada mengeluark­an potensi dari RM1 boleh menjadi RM10.

“Kerajaan akan membantu membuka ruang dan peluang, tetapi terpulang kepada ahli koperasi sama ada berani tampil kreatif untuk mengisi ruang disediakan itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mempersoal­kan kaedah pensijilan halal yang bersifat diskrimina­si dan birokrasi apabila usahawan daripada golongan B40 sukar memperoleh sijil halal walaupun berbulan-bulan memohon.

“Industri halal kita terlambat, jadi perlu ada reformasi iaitu cara kita mentadbir dan buat penambahba­ikan serta pelaksanaa­n inovasi supaya tidak tertinggal.

“Kita bimbang ada sekatan pensijilan diberi kepada pihak tertentu saja, contohnya kenapa sukar mengeluark­an sijil halal kepada pengusaha kerepek pisang?

“Selepas ia disuarakan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini menyediaka­n satu platform bagi memudahkan usahawan kecil dan sederhana memperoleh sijil halal,” katanya.

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Mohd Redzuan bersama perwakilan koperasi pada majlis perasmian Persidanga­n Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-34 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Mohd Redzuan bersama perwakilan koperasi pada majlis perasmian Persidanga­n Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-34 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia