Berita Harian

Bakal selesai sebelum akhir tahun

-

Kuala Lumpur: Isu perjawatan kakitangan stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), terutama berstatus pekerja sementara atau sambilan diharap dapat diselesaik­an sebelum hujung tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata isu pekerja itu masih dalam perbincang­an dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Kita meminta RTM memberi cadangan, termasuk daripada kakitangan terbabit, selepas itu kita sampaikan kepada JPA dan ia masih dalam perbincang­an.

“Kita harap mungkin sebelum tahun ini berakhir, ada satu penyelesai­an kepada masalah ini,” katanya selepas Majlis Aidilfitri 2019 Persatuan Veteran RTM (PVRTM) di Angkasapur­i di sini, semalam.

Penaung Diraja PVRTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut hadir pada majlis berkenaan.

Gobind sebelum ini diminta mempertimb­angkan supaya kakitangan kontrak dan sambilan diserap ke status tetap berikutan kebanyakan mereka bekerja di RTM lebih 10 tahun dan berpengala­man.

Saji berita buat rakyat

Gobind berkata, beliau prihatin dengan isu perjawatan di stesen itu kerana membabitka­n warga media yang sentiasa menyajikan berita untuk rakyat di negara ini.

Beliau berkata, pekerja berstatus sementara ini tidak mendapat manfaat seperti pekerja kontrak termasuk caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

“Saya mahu kakitangan tekun dan rajin ini mendapat apa yang sepatutnya,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Gobind berkata, generasi penyiar baharu RTM perlu menjadikan pengalaman bekas penyiar sebagai rujukan memantapka­n operasi stesen itu.

Katanya, ia bagi mengekalka­n identiti dan personalit­i RTM sebagai penyiar bertanggun­gjawab.

“Pengalaman berperanan penting sebagai asas melangkah ke depan seiring kemajuan teknologi masa kini. Saya berharap pengalaman PVRTM dapat dirujuk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia