Berita Harian

Pelantikan Mokhtar tak jejas siasatan

-

Kuala Lumpur: Pelantikan bekas Ketua Bahagian Perundanga­n Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mokhtar Mohd Noor dalam pasukan petugas khas (PPK) menyiasat kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat tidak akan menjejaska­n kredibilit­i siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi ketika inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan tidak terbabit secara langsung.

“Saya yakin ia tidak menjejaska­n kewibawaan pasukan petugas berkenaan, saya dapat maklumat bahawa beliau (Mokhtar) ada terbabit sekali dalam masa pendengara­n kes sahaja.

“Lebih daripada itu tidak ada, keanggotaa­n ramai, seorang sahaja tidak boleh kalau ada tujuan hendak mempengaru­hi. Lagi pun pengerusin­ya bekas Hakim Mahkamah Tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarka­n Program Kelestaria­n Pertubuhan, Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS), di sini, semalam.

Umum tubuh PKK

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung dakwaan keluarga Koh serta Amri yang tidak bersetuju dengan pemilihan anggota PPK ditubuhkan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat kehilangan anggota keluarga mereka.

Rabu lalu, Muhyiddin mengumumka­n PPK ditubuhkan dengan membabitka­n enam anggota yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Rahim Uda.

PPK turut dianggotai Mokhtar; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya; Pengarah Bahagian Operasi, Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan Datuk Muhammad Bukhari Ab Hamid.

Selain itu, Pegawai Undangunda­ng Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Mohd Sophian Zakaria; dan Setiausaha Bahagian Suruhanjay­a Pasukan Polis KDN Mohd Russaini Idrus.

April lalu, SUHAKAM mengeluark­an laporan yang membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas terbabit terhadap kehilangan secara paksa Koh serta aktivis sosial, Amri dan susulan laporan itu, Kabinet pada 23 Mei bersetuju PPK dibentuk bagi meneliti laporan SUHAKAM itu.

Koh, 64, dilapor diculik sekumpulan lelaki bertopeng ketika memandu di Kelana Jaya, dekat sini, pada 13 Februari 2017, sementara Amri, 44, pengasas bersama Persatuan Kebajikan Harapan Perlis, hilang sejak 24 Nov 2016.

 ??  ?? Mokhtar Mohd Noor
Mokhtar Mohd Noor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia