Berita Harian

Ku Li sokong ROS siasat UMNO

Desakan haram parti tak boleh terburu-buru, perlu dibuktikan terima wang 1MDB

- Oleh Ramli Ibrahim

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) menyiasat dan meneliti segala dokumen berkaitan perbelanja­an UMNO.

Tengku Razaleigh berkata, desakan

haramkan UMNO tidak boleh dibuat secara terburu-buru dan perlu dibuktikan dahulu parti itu menerima wang daripada 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Usah salah guna kebebasan

“Negara ini mengamalka­n demokrasi, jadi kita harap mereka tidak menyalah guna kebebasan diberi oleh sistem demokrasi. Dia boleh buat petisyen atau laporan supaya ambil tindakan terhadap UMNO, tetapi UMNO tidak akan berdiam diri dan mesti mempertaha­nkan segala tuduhan itu,” katanya selepas merasmikan Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Pejabat Pertubuhan Kebajikan Asnaf (PEKA) Gua Musang di Bandar Utama, di sini, kelmarin.

Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, UMNO negeri dan bahagian tidak bersalah dalam hal ini kerana menerima wang daripada saluran yang sah iaitu daripada Ibu Pejabat UMNO.

“Dari dulu lagi ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO, zaman Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan zaman Tunku Abdul Rahman, kita menerima wang daripada Ibu Pejabat UMNO dan kita tak tanya daripada mana sumber duit ini,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan ROS sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya UMNO diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1MDB.

Ketua Pengarahny­a, Masyati Abang Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya sudah menerima memorandum berkenaan termasuk yang diserahkan kepada ROS di beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Perlis.

 ?? [FOTO RAMLI IBRAHIM /BH] ?? Tengku Razaleigh hadir merasmikan Pejabat Khidmat DUN Galas dan Pejabat PEKA Gua Musang, kelmarin.
[FOTO RAMLI IBRAHIM /BH] Tengku Razaleigh hadir merasmikan Pejabat Khidmat DUN Galas dan Pejabat PEKA Gua Musang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia