Berita Harian

Ka Siong didakwa halang KOJADI jumpa SPRM

-

Kuala Lumpur: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, semalam, didakwa menghalang perjumpaan koperasi milik parti itu, Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dana 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Pengerusi KOJADI, Datuk Ng Peng Hong @ Ng Peng Hay, mendakwa koperasi berkenaan menerima geran RM15 juta daripada Yayasan 1MDB pada 2012 untuk skim kredit mikro yang dibuka kepada belia.

Katanya, beliau mencadangk­an kepada mesyuarat tergempar lembaga pengarah kelmarin supaya wang berkenaan dipulangka­n kepada kerajaan kerana mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

Beliau berkata, ini susulan permohonan SPRM, baru-baru ini untuk melucutkan hak mengikut Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap 41 responden dan entiti termasuk MCA bertujuan mendapatka­n semula wang 1MDB sebanyak RM280 juta yang disalahgun­akan.

“Lembaga pengarah kemudian mengarahka­n saya berjumpa SPRM hari ini (semalam) untuk menjelaska­n kedudukan KOJADI dan mendapatka­n nasihat serta panduan suruhanjay­a itu. Bagaimanap­un, hasrat saya tidak kesampaian kerana dihalang Ka Siong.

“Presiden MCA itu mengeluark­an arahan menerusi media sosial kepada semua lembaga pengarah koperasi supaya membatalka­n temujanji dengan SPRM dan bersemuka dengan pemimpin parti itu pada Isnin dan Selasa ini.

Bantah campur tangan

“Saya membantah campur tangan Presiden MCA dalam urusan profesiona­l berkaitan KOJADI. Sebagai tanda protes, saya memutuskan meletak jawatan sebagai ahli MCA,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Mengenai dakwaan ‘kumpulan’ 11 lembaga pengarah termasuk Naib Pengerusin­ya, Datuk Hoo Seong Chang kononnya mereka tidak pernah memutuskan beliau berjumpa SPRM, Peng Hay berkata dakwaan itu tidak benar.

Katanya, beliau masih Pengerusi KOJADI dan agak menghairan­kan bagaimana mesyuarat lembaga pengarah diadakan malam kelmarin, tidak menyerahka­n notis notis mesyuarat kepadanya.

“Tiga daripada 11 ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu memberitah­u saya mereka enggan menandatan­gani kenyataan media berhubung Ka Siong menghalang saya menemui SPRM, manakala seorang lagi mengaku dipaksa berbuat demikian.

“Saya ingin mengulangi bahawa niat saya berjumpa SPRM untuk menjaga keselamata­n dan melindungi KOJADI supaya tidak disenaraik­an SPRM sebagai penerima dana 1MDB.

“Ini amat berbahaya kerana boleh menyebabka­n pembekuan akaun, sekali gus memberikan kesan buruk terhadap kewangan KOJADI, sekali gus menjejaska­n moral kakitangan dan melunturka­n keyakinan ahli, menyukarka­n pembayaran gaji dan kutipan pinjaman,” katanya.

Terdahulu, KOJADI dalam satu kenyataan bersama 11 lembaga pengarah termasuk Seong Chang menafikan dakwaan Peng Hay dihalang bertemu SPRM.

Mengikut kenyataan itu, Ka Siong tidak pernah campur tangan dalam urusan harian KOJADI, malah mesyuarat lembaga pengarah koperasi itu kelmarin juga kononnya tidak memutuskan sebarang ketetapan supaya Peng Hay mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Latheefa Koya atau mana-mana pegawai suruhanjay­a itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia