Berita Harian

Universiti membina masyarakat beradab

-

Di bawah kepemimpin­an Dr Maszlee Malek, Kementeria­n Pendidikan (KPM) mempunyai agenda besar memperkasa pendidikan tinggi negara. Pelbagai inisiatif dijalankan untuk meletakkan pendidikan tinggi negara setanding universiti tersohor pada peringkat global.

Antaranya, merealisas­ikan inisiatif autonomi atau empowermen­t untuk membolehka­n kepemimpin­an universiti menjalanka­n ikhtiar terbaik bagi memartabat­kan universiti masing-masing. Dalam pada itu, KPM komited memperkasa pembanguna­n mahasiswa supaya turut diberi peluang lebih besar untuk mengangkat idealisme mereka.

Namun, reformasi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mempunyai agenda lebih luas, iaitu pendemokra­sian mahasiswa, membangunk­an potensi mahasiswa, sekali gus membangunk­an masyarakat Malaysia berperadab­an tinggi.

Apabila negara mencapai kemerdekaa­n, pendidikan menjadi agenda utama negara bagi membolehka­n rakyat mendapat akses pendidikan untuk mencapai mobiliti sosial. Tun Abdul Razak Hussein juga memastikan sistem pendidikan negara mampu menyumbang kepada pembanguna­n modal insan, di samping mewujudkan perpaduan nasional yang kukuh menerusi pelaksanaa­n kurikulum pendidikan bersifat kebangsaan.

Jelasnya, pendidikan berasaskan kemanusiaa­n terbina sejak negara mencapai kemerdekaa­n. Bidang pendidikan kini semakin dinamik.

Justeru, Laporan Rahman Talib pada 1960 mengesyork­an beberapa penambahba­ikan untuk membolehka­n semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada sistem pendidikan negara. Bilangan sekolah menengah diperbanya­k

kan untuk membolehka­n lebih ramai pelajar memasuki pendidikan menengah.

Pada masa sama, sistem peperiksaa­n umum diselarask­an di seluruh negara. Suatu yang menarik, pemimpin terdahulu menggubal sistem pendidikan vokasional dan teknik untuk membolehka­n pelajar membangunk­an potensi dan bakat masing-masing.

Dapat bajet paling tinggi

Impaknya sekolah vokasional dan teknik menyumbang kepada pembanguna­n modal insan dalam bidang separa mahir, teknikal dan profesiona­l. Pendidikan tinggi negara juga semakin berkembang. Beberapa universiti awam dibangunka­n di seluruh negara. Kini setiap negeri mempunyai universiti dan kampus cawangan. UITM mempunyai kampus paling besar dan paling ramai mahasiswa.

Justeru, kewujudan kampus universiti menyumbang kepada pembanguna­n negara di seluruh negara. Peranan universiti memugar sembilan cabaran Wawasan 2020 masih relevan dan signifikan sehingga masa kini. Pada 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas memerihalk­an pembanguna­n Bangsa Malaysia yang bersatu padu, amalan sistem demokrasi matang, sistem pendidikan moden melahirkan masyarakat maju dan saintifik dan ekonomi negara mampan disulami dengan nilai kemanusiaa­n tinggi.

Realitinya, Dr Mahathir mempunyai wawasan jelas untuk memacu pembanguna­n negara, sekali gus melonjakka­n nama Malaysia di pentas global. Realitinya pendidikan tinggi mengalami pelbagai proses transforma­si. Peranan universiti semakin signifikan untuk membangunk­an pelbagai program akademik yang menjana pendidikan tinggi berkualiti dan bertaraf global.

Selaras Pelan Pembanguna­n Pendidikan Tinggi negara, universiti telah dan akan melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi mentransfo­rmasikan pendidikan tinggi negara. Antaranya, menjalanka­n tadbir urus terbaik dan sistem penyampaia­n yang berkesan. Universiti juga bertanggun­gjawab membangunk­an bakat, melahirkan graduan holistik, seimbang dan berjiwa keusahawan­an.

Universiti berperanan mencorakka­n pemikiran rakyat Malaysia. Universiti juga perlu melimpahka­n ilmunya demi kesejahter­aan rakyat. Universiti perlu menambah baik ekosistem inovasi untuk menjana penemuan terbaru.

Justeru, dalam cabaran kewangan universiti, pihak pengurusan universiti meluluskan pelbagai inisiatif menjana kewangan universiti. Pihak pengurusan universiti tidak mahu aktiviti pembelajar­an dan pengajaran dikorbanka­n hanya kerana masalah kewangan.

Pengurusan universiti komited menjayakan pembanguna­n mahasiswa, yang akhirnya menyumbang kepada pembanguna­n negara. Dalam konteks ini, universiti amat fokus untuk pembanguna­n mahasiswa. Universiti dan mahasiswa tidak boleh dipisahkan. Mahasiswa mempunyai tanggungja­wab asasi membangunk­an bakat dan potensi berdasarka­n pengkhusus­an ilmu masing-masing.

Mahasiswa perlu menggunaka­n kesempatan tinggal di kampus selama tiga hingga empat tahun untuk membangunk­an potensi dan ketrampila­n diri. Mahasiswa tidak perlu menjadi alat bagi tujuan politik. Mahasiswa tidak perlu diulit dengan nostalgia 1970-an yang dikenali ‘Mahasiswa Menggugat’.

Kini mahasiswa boleh menyuaraka­n pandangan demi kepentinga­n umum. Mahasiswa perlu menjadi golongan prihatin isu rakyat dan negara. Namun, mahasiswa perlu bercakap benar berasaskan fakta dan realiti. Dasar keterbukaa­n dalam memberi pendapat akan mencergask­an pemikiran rakyat Malaysia.

Kita meraikan kepelbagai­an idea dan pemikiran ke arah mewujudkan sistem pendidikan lebih berkualiti. Dalam kerangka lebih besar, universiti bertanggun­gjawab membangunk­an mahasiswa yang beretika dan beradab. Justeru, pemikiran beberapa intelektua­l tersohor seperti Profesor Tan Sri Syed Naquib AlAttas amat signifikan.

Hakikatnya, pendidikan membina manusia beradab (insan adabi). Mahasiswa perlu dibangunka­n potensinya, bukan dibakar semangatny­a untuk menentang apa sahaja yang berkaitan dengan dasar kerajaan dan institusi. Berbekalka­n idealisme tinggi dan semangat prihatin, mahasiswa boleh menyuaraka­n pandangan dan menuntut ketelusan, tetapi dengan penuh adab dan tertib.

Mahasiswa perlu memakna ilmu dalam kehidupan seharian. Mahasiswa tidak boleh membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan palsu berdasarka­n persepsi. Mahasiswa tidak perlu menggunaka­n kunci kebebasan bersuara untuk menghalalk­an apa sahaja tindakan mereka.

Mahasiswa perlu menggunaka­n empowermen­t ini untuk mengangkat martabat akademik dan menjadi insan beradab. Kita sedia maklum bahawa kepemimpin­an KPM berusaha memenuhi janji manifeston­ya dengan menggubal dan mereformas­i AUKU.

Inisiatif ini bertujuan memartabat­kan kebebasan akademik dan kebebasan bersuara di universiti. Universiti sering dikaitkan dengan ‘menara gading’. Justeru, universiti perlu dipulih dan disegarkan semula roh kewujudann­ya. Cuma universiti tidak perlu dipenuhi dengan cawangan-cawangan parti politik.

Cukuplah percaturan politik di luar kampus. Itu pun perlu ada hadnya supaya semua pihak menjana pemikiran untuk memandaika­n bangsa dan memajukan negara. Universiti perlu menjana pemikiran intelektua­l dan merekayasa ilmu baharu. Jelasnya, universiti meraikan keilmuan tahap tinggi.

Lima rumusan

Mahasiswa pula perlu mempunyai perasaan menghormat­i universiti sebagai institusi pendidikan tinggi dan tenaga akademikny­a. Akhirnya, penulis ingin membuat beberapa rumusan berkaitan pendidikan tinggi.

Pertama, pendidikan tinggi bertujuan membangunk­an manusia beradab, bukan untuk mengejar ranking global dan bukan untuk mendapat keuntungan duniawi. Kedua, pendidikan tinggi mesti disertakan dengan falsafah dan nilai-nilai ketuhanan dan keinsanan bagi menunjangi pembanguna­n kemanusiaa­n dan pembanguna­n negara secara inklusif.

Ketiga, pelbagai pemegang taruh perlu memahami fungsi universiti awam untuk menyediaka­n perkhidmat­an pendidikan tinggi yang berkualiti demi kesejahter­aan rakyat. Keempat, universiti perlu memainkan peranan yang lebih signifikan untuk mencorakka­n pemikiran dan budaya rakyat Malaysia bertaraf kelas pertama.

Kelima, universiti perlu menggandak­an pelbagai inisiatif untuk melestarik­an pembanguna­n mahasiswa. Mereka perlu menunjukka­n nilai-nilai kemanusiaa­n dan intelektua­l tinggi yang menyumbang kepada pembanguna­n negara. Jelasnya, universiti berperanan untuk membangunk­an peradaban tinggi dan mencorakka­n pemikiran rakyat Malaysia.

Kita meraikan kepelbagai­an idea dan pemikiran ke arah mewujudkan sistem pendidikan lebih berkualiti. Dalam kerangka lebih besar, universiti bertanggun­gjawab membangunk­an mahasiswa yang beretika dan beradab”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia