Berita Harian

Kita harus serius jaga alam sekitar

-

Penguatkua­saan nampaknya menjadi isu besar dalam negara. Hampir setiap hari ada sahaja kes dibicara dalam mahkamah membabitka­n anggota penguat kuasa. Malah, dalam media sosial pun ada anggota penguat kuasa ditunjukka­n sedang ‘memperdaga­ngkan’ integritin­ya.

Insiden air tercemar di Selangor dan kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, umpamanya boleh dielakkan jika tindakan keras penguatkua­saan diambil. Kawasan industri atau kilang yang wujud di sepanjang sungai bukan baharu dibina, malah ada yang sudah bertahun dan pastinya pengwujuda­nnya diketahui oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

‘Kehadiran’ pusat pelupusan sampah haram yang semakin bercambah, kilang haram, pengimport­an sisa pepejal, mahupun pusat pengumpula­n besi buruk sudah pasti diketahui penguat kuasa PBT melalui rondaan harian yang dilakukan di kawasan pentadbira­n mereka.

Hakikatnya, amanah untuk memantau dan mengambil tindakan melalui kuasa yang diberikan majikan tidak dilaksanak­an dengan jujur, sekali gus tiada tindakan diambil ke atas pemilik premis yang mencemarka­n alam walaupun mereka dapat mengesan kerosakan yang bakal berlaku sejak awal. Pengulanga­n kejadian sungai tercemar di Selangor atau mungkin di negeri lain akan terus berlaku selagi tindakan penguatkua­saan ibarat penukul dengan paku, apatah lagi jika wujud campur tangan politik atau mendapat perlindung­an pihak yang berkepenti­ngan.

Sekurang-kurangnya, PBT atau

agensi penguatkua­saan di Johor sudah dikejutkan ‘dari tidur’ apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang buat kali keduanya menyatakan murka dan kesal ke atas pihak yang terbabit dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga membawa musibah kepada murid dan orang awam. Tindakan mahkamah juga sudah dimulakan dalam kes Sungai Kim

Kim dan pastinya pencinta alam sekitar mahu penguatkua­saan tegas juga dilakukan di Selangor atau di tempat lain.

Sebagai rakyat biasa, penulis berasakan undang-undang alam sekitar perlu diperbaiki dan diperkukuh­kan dengan menaikkan kadar denda atau hukuman sebagai hindaran (tidak melakukan lagi), terutama dengan memasukkan peruntukan penjara mandatori. Ada negara di Barat menjatuhka­n hukuman kepada pelakunya dengan melaksanak­an tugas jangka panjang memulihkan keadaan sungai yang dimusnahka­n itu sehingga ia kembali kepada keadaaan asalnya. Dalam kes di Pasir Gudang, semua kos pembersiha­n, tenaga kerja dan mesin ditanggung oleh kerajaan. Sewajarnya kos yang dibelanjak­an itu dibayar semula oleh mereka yang didapati bersalah.

Dengan persepsi yang ada, kita tidak boleh menyalahka­n orang ramai yang ketika ini melihat kerajaan melalui PBT masing-masing lebih mesra pihak industri daripada memelihara aset alam sekitar seperti sungai, parit atau tasik yang menjadi sumber bekalan air negara yang amat diperlukan pengguna. Dengan kata lain, undang-undang alam sekitar kita lemah, penguatkua­saan pula tidak konsisten.

Ketika ini, hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 22(3) Akta Alam Sekitar 1974 (Akta 127) iaitu kesalahan melakukan pencemaran atmosfera ialah denda RM150,000, penjara lima tahun atau kedua-duanya serta denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan. Bagi kesalahan mengikut Seksyen 25(3), iaitu kesalahan melakukan pencemaran kepada sungai, hukumannya juga sama.

Kita juga mengharapk­an kerajaan untuk meningkatk­an lagi integriti anggota penguat kuasa, baik yang berkhidmat dengan agensi Persekutua­n atau negeri bagi mengelakka­n gejala meminta wang atau menerima rasuah daripada mana-mana pihak. Biarlah setiap agensi penguatkua­saan dilihat bersih dari atas ke bawah.

Tidak dinafikan kajian semula gaji bagi kakitangan rendah, antara cara yang boleh dilakukan, namun banyak pendekatan lain yang boleh dilakukan, antaranya memantau mereka yang hidup di luar kemampuan. Setiap pemeriksaa­n premis kilang perlu direkod, selain memastikan pembabitan agensi penguatkua­saan lain, terutama kakitangan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia