Berita Harian

Gesa segera bina stesen pencerapan gas automatik

Langkah proaktif beri amaran awal pencemaran udara, bencana kimia

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Johor meminta Kerajaan Pusat untuk menyegerak­an pembinaan stesen pencerapan gas automatik yang dapat memberi amaran bencana kimia dengan lebih cek ap.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata kerajaan Johor berharap pembinaan stesen itu diberi keutamaan segera sebagai langkah proaktif pengesanan awal kualiti udara dan kehadiran gas berbahaya yang terhasil bukan sahaja dari kilang di Pasir Gudang, malah dari luar kawasan itu.

“Kerajaan negeri berterima kasih dan harap kementeria­n dapat segerakan pemasangan alat pengesan gas serta alat pengukur kualiti udara yang boleh membuat bacaan tepat dalam radius lebih luas di Pasir Gudang malah merentasi sempadan negara,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam

Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, minggu lalu bahawa kementeria­n akan membina stesen pencerapan gas automatik yang dapat memberi amaran bencana kimia.

Mohd Khuzzan berkata, hingga kini, ada kira-kira 800 kilang beroperasi di Pasir Gudang yang menyediaka­n lebih 100,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan luar.

“Bagaimanap­un, penempatan pelbagai kilang di kawasan ini tidak berlaku dalam tempoh singkat dan syarat pembanguna­n pada ketika itu amat berbeza dengan garis panduan yang ditetapkan pada masa ini,” katanya.

111 sekolah ditutup

Sementara itu, beliau berkata, semua institusi pengajian termasuk 111 sekolah rendah dan menengah di kawasan ini yang ditutup akibat pencemaran udara sejak Selasa lalu, dibuka semula hari ini.

Mohd Khuzzan bagaimanap­un berkata, semua agensi termasuk bomba dan pasukan perubatan diarahkan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kecemasan.

“Kita juga menghantar pasukan petugas khas ke semua sekolah yang pernah terjejas akibat pencemaran udara pagi esok (pagi ini) bagi memberi taklimat keselamata­n serta pencegahan pada sesi perhimpuna­n.

“Sesi perhimpuna­n sekolah pagi esok (pagi ini) akan berjalan seperti biasa kerana berdasarka­n kes sebelum ini, kejadian murid sesak nafas dan muntah biasanya berlaku ketika mereka berada di tingkat tiga atau empat, bukan ketika perhimpuna­n.

“Pemantauan kualiti udara oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta bomba juga mendapati kualiti udara berada pada tahap normal,” katanya.

Selepas lebih tiga bulan tragedi pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim di sini, yang menjejaska­n kira-kira 6,000 orang, penduduk dikejutkan lagi dengan kejadian hampir serupa pada 20 Jun lalu apabila ramai pelajar beberapa sekolah di kawasan ini mengalami simptom sesak nafas dan muntah.

Tiada pesakit baharu direkod

Berikutan itu, Kementeria­n Pendidikan mengumumka­n sebanyak 111 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah (SM) kerajaan, tiga Institusi Pengajian Tinggi (IPT), 14 sekolah swasta dan antarabang­sa serta 347 tadika swasta di Pasir Gudang yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Johor ditutup mulai Selasa hingga Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Khuzzan berkata, tiada pesakit baharu direkodkan semalam dengan hanya seorang murid masih dirawat di hospital kerana mengalami serangan asma dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mengenai tindakan penguatkua­saan, beliau berkata, JAS sudah memeriksa 72 premis perindustr­ian di kawasan itu mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan 40 dikompaun kerana kesalahan berkaitan bahan buangan berjadual serta efluen perindustr­ian (tiga), selain tiga premis dikenakan perintah tahan operasi.

Kerajaan Johor berharap pembinaan stesen itu diberi keutamaan segera sebagai langkah proaktif pengesanan awal kualiti udara dan kehadiran gas berbahaya yang terhasil bukan sahaja dari kilang di Pasir Gudang, malah dari luar kawasan itu” Mohd Khuzzan Abu Bakar, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia