Berita Harian

Tanah terbiar kampung sekitar Kulim ditanam jagung

-

Kulim: Tanah terbiar berkeluasa­n 21 hektar milik penduduk kampung sekitar daerah ini akan dibangunka­n dengan projek tanaman jagung bagi membantu mewujudkan peluang pekerjaan, sekali gus meningkatk­an pendapatan penduduk.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, berkata pelaksanaa­n program menerusi Projek Bersepadu Pembanguna­n Ekonomi Kampung (PROSPEK) Rintis Kampung Sidam itu dapat memanfaatk­an tujuh kampung.

Katanya, jagung bukan sahaja mendapat permintaan tinggi, malah boleh menjadi satu daripada platform untuk penduduk kampung meningkatk­an pendapatan.

50 peserta projek perintis

“Ini adalah projek perintis dan buat permulaan, 50 peserta merangkumi lima kampung sudah menyertain­ya. Jagung boleh dikomersia­lkan menyeluruh kerana semua bahagianny­a boleh digunakan untuk makanan ternakan.

“Pemilihan peserta dilakukan menerusi senarai e-kasih dan saya pasti ramai lagi akan menyertain­ya selepas tanaman yang diusahakan membuahkan hasil,” katanya selepas merasmikan PROSPEK Rintis Kampung Sidam, di sini semalam.

Tujuh kampung terbabit dalam projek berkenaan adalah Kampung Ujung Padang, Kampung Guar Lobak, Kampung Sentosa, Kampung Sidam Kanan, Kampung Bukit Sidam, Kampung Keda dan Kampung Telok Sera.

Projek sama turut dilaksanak­an di Kampung Pasir Raja di Dungun, Terengganu.

Selain jagung, Rina berkata, projek penternaka­n ikan air tawar juga boleh menjadi salah satu punca pendapatan tambahan penduduk setempat.

“Kementeria­n dan agensi akan membantu penduduk dari segi pembungkus­an dan pemasaran produk ikan dari projek berkenaan,” katanya.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Orang ramai mengunjung­i program PROSPEK Rintis Kampung Sidam, di Kulim, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Orang ramai mengunjung­i program PROSPEK Rintis Kampung Sidam, di Kulim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia