Berita Harian

Misi wakil media, bomba tawan Gunung Syue

Pendakian sempena memuliakan ulang tahun keputeraan Seri Paduka

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Seramai 21 pendaki membabitka­n pengamal media dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyertai Ekspedisi Gunung Syue di Taman Negara Shei-pa, di sini.

Pendakian selama empat hari ke gunung kedua tertinggi di Taiwan itu sempena memuliakan ulang tahun keputeraan dan pertabalan Yang dipertuan Agong, Al-sultan Abdullah

Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini.

Ekspedisi mendaki Gunung Syue setinggi 3,886 meter dari aras laut yang dikendalik­an Kelab Media Pahang itu menyaksika­n peserta memulakan pendakian sejak Jumaat lalu sebelum menamatkan pendakian semalam dan peserta dijangka tiba di tanah air pada 1 Julai ini.

Meskipun ada kalangan pendaki berusia lebih 50 tahun, ia tidak menghalang mereka merealisas­ikan impian untuk sampai ke puncak yang jaraknya 10.9 kilometer dari pintu rimba, Wuling Road.

Semua peserta memulakan pendakian ke puncak pada hari ketiga ekspedisi pada 28 Jun, kira-kira jam 6 pagi sebelum peserta pertama tiba seawal jam 10 pagi.

Wakil BH turut sertai

Antara peserta yang mengambil bahagian, Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin; Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad dan Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin.

Yang turut serta wakil BH terdiri daripada Penyunting Eksekutif, Abdul Razak Raaf dan wartawan BH Biro Pahang, Muhamad Fairoz Azizan serta jurugambar The New Straits Times (M) Berhad (NSTP), Zulkepli Osman.

Sebelum ini, Al-sultan Abdullah berkenan meraikan semua peserta serta melepaskan program ekspedisi pendakian di Istana Negara, pada 25 Jun lalu.

Kelab Media Pahang mula aktif dalam sukan mendaki sejak 2014 dan sudah menganjurk­an program mendaki di beberapa gunung di dalam dan luar negara.

 ??  ?? Al-sultan Abdullah membuat gimik pelepasan ekspedisi pendaki Kelab Media Pahang serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menawan Gunung Syue di Taiwan.
Al-sultan Abdullah membuat gimik pelepasan ekspedisi pendaki Kelab Media Pahang serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menawan Gunung Syue di Taiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia