Berita Harian

DPLB sedia hala tuju bangun negara maju, berpendapa­tan tinggi

Tiga prinsip utama fokus pembanguna­n holistik, infrastruk­tur seimbang di kawasan luar bandar

- Oleh Haryani Ngah

Putrajaya

Dalam usaha mendukung Malaysia menjadi negara maju dan berpendapa­tan tinggi pada 2025, Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) melancarka­n Dasar Pembanguna­n Luar Bandar (DPLB) 2030.

Dasar ini membabitka­n kerangka hala tuju jangka panjang berteraska­n, tiga prinsip utama, iaitu kemampanan, inklusif dan holistik.

Prinsip kemampanan mengutamak­an kelangsung­an kualiti dan kesejahter­aan hidup bermasyara­kat, manakala inklusif membabitka­n pembanguna­n yang mengira gender, keseimbang­an kaum serta kedudukan geografi.

Holistik pula merangkumi pelbagai demensi seperti fizikal, sosial, ekonomi, rohani, budaya dan tadbir urus.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata DPLB disediakan untuk tempoh 10 tahun dengan menyasarka­n kemudahan asas untuk dinikmati oleh sebahagian besar penduduk luar bandar dan memfokuska­n kepada tahap sosioekono­mi, tadbir urus iaitu penyampaia­n yang baik serta penyediaan infrastruk­tur.

Ambil kira dasar lain

“Kita tidak mahu lagi tanggapan mengenai luar bandar adalah kemiskinan dan kekurangan dari segi infrastruk­tur. Penggubala­n dasar ini mengambil kira dasar lain sedia ada, termasuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke11 (RMKE-11), Pelan Harapan Pembanguna­n Luar Bandar 2018-2023, Agenda Matlamat Pembanguna­n Mapan 2030 dan aspirasi masyarakat Malaysia mengenai pembanguna­n luar bandar.

“Pandangan pihak berkepenti­ngan, termasuk agensi Kerajaan Persekutua­n dan Negeri, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, belia serta pemimpin tempatan turut diambil kira dalam menggubal DPLB. Ia dibuat melalui sesi Perbincang­an Kumpulan Berfokus (FGD) yang dilaksanak­an di enam zon di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya pada majlis pelancaran DPLB 2030 di sini.

Majlis dilancarka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dihadiri kira kira 1,300 orang terdiri daripada EXCO Luar Bandar, pegawai Kerajaan Persekutua­n dan negeri, pihak swasta, usahawan luar bandar dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

Jangka masa 10 tahun

DPLB memainkan peranan penting dalam pembanguna­n luar bandar untuk merangka kesinambun­gan pembanguna­n luar bandar yang inklusif, berdaya tahan dan sejahtera dalam jangka masa 10 tahun akan datang.

Ia menjadikan luar bandar menarik dan kondusif sebagai tempat tinggal, bekerja dan membuat pelaburan serta mengurangk­an migrasi luar bandar ke bandar, terutama oleh belia.

Selain dapat meningkatk­an pembabitan aktif masyarakat luar bandar dalam arus pembanguna­n perdana dengan merapatkan jurang ketidaksei­mbangan pembanguna­n antara pendudu bandar dan wilayah.

Pada masa sama, meny duduk luar bandar bagi baran Revolusi Industri dan menghadapi persekit semakin mencabar.

Rina berkata, ketika pe itu, beberapa cabaran bes

DPLB disediakan untuk tempoh 10 tahun dengan menyasarka­n kemudahan asas untuk dinikmati oleh sebahagian besar penduduk luar bandar dan menfokuska­n kepada tahap sosio ekonomi, tadbir urus iaitu penyampaia­n yang baik serta penyediaan infrastruk­tur” Rina Mohd Harun, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

dihadapi masyarakat luar bandar diambil kira, sejajar dengan perubahan masa.

Antaranya ialah peningkata­n penggunaan teknologi digital, perkembang­an terhadap e-dagang dan penggunaan teknik serta teknologi baharu dalam sektor pertanian.

Kelestaria­n alam sekitar

Perkembang­an IR 4.O dijangka akan memberi implikasi terhadap landskap pembanguna­n negara, ekonomi digital termasuk di luar bandar melalui automasi, cloud services, Internet of Thing (IOT), big data analytics dan penggunaan robotik.

“Saya mengimpika­n usahawan desa akan terus melihat komputer atau telefon pintar sebaik sahaja bangun dari tidur untuk melihat tempahan dari pelanggan dan pengurusan stok baranganny­a sama ada fifo (first in first out) atau lifo (last in

first out) yang dikendalik­an secara IOT. “Pengendali­an stor simpanan barangan adalah menggunaka­n teknologi robotik seperti Gudang Alibaba di Wuxi di Wilayah Jiangsu, timur China.

“Bagi memastikan, pemantauan hasil tanaman secara fizikal, kaedah cloud base

monitoring boleh dimanfaatk­an,” katanya. Rina berkata, sekali pun memanfaatk­an teknologi secara menyeluruh, kelestaria­n alam sekitar di kampung tidak digadaikan, selari dengan tema kementeria­n, iaitu Luar Bandar Sejahtera.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Mahathir diiringi Rina mendengar penerangan mengenai teknologi Drone Perkhidmat­anpertania­n ketika melawat gerai pameran.
Dr Mahathir diiringi Rina mendengar penerangan mengenai teknologi Drone Perkhidmat­anpertania­n ketika melawat gerai pameran.
 ??  ?? Dr Mahathir bersama Rina menunjukka­n buku DPLB pada Majlis Pelancara an Dasar Pembanguna­n Luar Bandar pada pada majlis pelancaran­nya di Putrajaya, baru-baru ini.
Dr Mahathir bersama Rina menunjukka­n buku DPLB pada Majlis Pelancara an Dasar Pembanguna­n Luar Bandar pada pada majlis pelancaran­nya di Putrajaya, baru-baru ini.
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ??
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia