Berita Harian

Desa Harapan pacu prasarana fizikal, fiskal luar bandar

-

Visi DPLB, iaitu Luar Bandar Sejahtera diilhamkan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun adalah untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, budaya dan persekitar­an.

Selain itu, nikmat pembanguna­n akan dinikmati bersama tanpa mengira latar belakang bangsa, agama, status sosial, gender dan umur.

Visi ‘Luar Bandar Sejahtera’ juga menyasarka­n pembanguna­n secara mampan yang akan memastikan pembanguna­n berimbang dan saling melengkapi antara aspek sosial, ekonomi dan alam semula jadi.

Pemacu perubahan

Antara program yang dijalankan di bawah visi ini adalah Program Desa Harapan membabitka­n kerjasama antara KPLB dan sektor swasta dalam membangunk­an sesebuah kampung dari aspek ekonomi, keusahawan­an, modal insan dan alam sekitar.

Inisiatif desa pintar dilaksanak­an di kampung di kawasan luar bandar supaya mereka dapat menikmati kemudahan teknologi dan internet dalam menjalanka­n kehidupan seharian sama seperti penduduk di bandar.

Modul baharu pendidikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang giat dijalankan dalam melahirkan modal insan unggul demi kesejahter­aan negara.

Untuk skop prasarana, KPLB merangka beberapa inisiatif pembiayaan swasta bagi mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek prasarana penting mengikut kemampuan kampung menjelang 2030.

Bangun potensi luar bandar

DPLB menggarisk­an beberapa pemacu perubahan untuk diketengah­kan dalam membangunk­an potensi luar bandar seperti melengkapk­an prasarana fizikal dan fiskal luar bandar.

Ia turut merancakka­n pembanguna­n kluster baharu industri luar bandar dalam pelbagai sektor ekonomi, membangunk­an belia dan wanita sebagai penggerak pembanguna­n luar bandar dan menyediaka­n persekitar­an kehidupan kondusif untuk warga emas, termasuk aspek penjagaan kesihatan.

Secara keseluruha­n, DPLB menggarisk­an 10 teras, 33 pernyataan dasar dan 88 strategi yang akan dilaksanak­an sehingga 2030.

 ??  ?? Inisiatif desa pintar dilaksanak­an menyediaka­n kemudahan teknologi dan internet sama seperti kemudahan dinikmati penduduk di bandar.
Inisiatif desa pintar dilaksanak­an menyediaka­n kemudahan teknologi dan internet sama seperti kemudahan dinikmati penduduk di bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia