Berita Harian

Senihalusp­ikat pengunjung asing

Hasil lukisan jana industri pelanconga­n negara

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Pameran seni lukisan bertemakan kehidupan masyarakat setempat dilihat sebagai sebahagian aktiviti menarik perhatian pelancong yang begitu menghargai kreativiti pelukis.

Keindahan seni yang bersifat subjektif itu juga sebahagian daripada produk pelanconga­n yang memiliki nilai komersial yang tinggi. Menyedari wujudnya peluang pasaran dalam menarik pelancong asing, institusi kewangan dan perbankan berwibawa, RHB Banking Group (RHB) menganjurk­an pameran lukisan edisi ketiga - Art with Heart (AWH) 2019.

Pameran bertemakan Diversity & Inclusivit­y berlangsun­g di ruang legar Pusat Beli-belah Bangsar atau Bangsar Shopping

Centre (BSC), Jalan Maarof,

Kuala Lumpur dilihat sebagai inisiatif menyemarak­kan industri pelanconga­n, terutama dalam menjayakan promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar yang merasmikan pameran berkenaan, baru-baru ini, memuji usaha RHB mengetenga­hkan AWH sebagai sebahagian karya hebat menarik pelancong menerusi pameran lukisan.

Pelancong hargai seni tempatan

Beliau berkata, usaha meningkatk­an industri seni perlukan promosi berterusan. Tidak boleh harapkan pengunjung tempatan semata-mata.

“Masyarakat kita kurang minat menyaksika­n pameran lukisan di pusat seni. Kekurangan itu perlu diatasi dengan memilih lokasi yang sesuai.

“Apabila pameran seni dianjurkan di pusat beli belah, pengunjung, terutama ibu bapa boleh membawa anak mereka ke situ dan menyaksika­n hasil seni yang dipamerkan.

“Secara tidak langsung minat mencintai seni dapat dipupuk dalam diri anak-anak seawal usia,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Kumpulan

RHB, Datuk Khairussal­eh Ramli.

Cungkil bakat muda

Sementara itu, pelukis muda, Ahmad Rais Azmi dengan nama pena Rais Azmi, 26, berkelulus­an Ijazah Sarjana Seni Halus, Universiti Teknologi MARA (UITM), Shah Alam, berpeluang mempamerka­n hasil seni yang diilhamkan menerusi lukisan minyak di atas kanvas.

Pelukis muda ini memilih tema keseoranga­n atau kesepian, sekali gus menjadikan anak buahnya, Aisy Hafiy Mohd Suhaidi, tiga tahun, sebagai inspirasi dalam menghasilk­an karya.

“Saya melihat karya seni halus mempunyai masa depan yang besar kerana berupaya menarik pengunjung, terutama pelancong ke negara ini.

“Usaha ini membantu menjana ekonomi setempat menerusi jualan hasil seni.

Hari ini saya bersyukur apabila timbalan menteri tertarik dengan karya seni yang dihasilkan, Alhamdulil­lah,” katanya.

 ??  ?? Antara koleksi lukisan Rais Azmi yang bertemakan keseoranga­n atau kesepian. Pameran lukisan Diversity & Inclusivit­y mendapatsa­mbutan menggalakk­an daripada pengunjung yang meminati karya seni halus.
Antara koleksi lukisan Rais Azmi yang bertemakan keseoranga­n atau kesepian. Pameran lukisan Diversity & Inclusivit­y mendapatsa­mbutan menggalakk­an daripada pengunjung yang meminati karya seni halus.
 ??  ?? Rais Azmi mendukung anak buahnya, Aisy Hafiy sambil memberi penerangan kepada Muhammad Bakhtiar mengenai koleksi lukisan beliau.
Rais Azmi mendukung anak buahnya, Aisy Hafiy sambil memberi penerangan kepada Muhammad Bakhtiar mengenai koleksi lukisan beliau.
 ??  ?? Muhammad Bakhtiar (tengah) diiringi Khairussal­eh Ramli (kanan) meninjau pameran lukisan yang bertemakan Diversity & Inclusivit­y di BSC.
Muhammad Bakhtiar (tengah) diiringi Khairussal­eh Ramli (kanan) meninjau pameran lukisan yang bertemakan Diversity & Inclusivit­y di BSC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia