Berita Harian

Nikmati teh, kopi di kafe tepi sungai

-

Lokasi tumpuan

deretan kedai unik seperti Cotswolds Distillery, Woollen Mill, Waterfront Tea Room, The Looking Glass Antiques, The Costwolds Perfumes dan The Crafts turut menjadi tumpuan pengunjung hotel penginapan sentiasa penuh dengan tetamu seluruh dunia.

Menyusuri sungai Windrush sepanjang hampir dua kilometer di kampung ini memberikan udara yang nyaman dengan suhu sekitar 10 hingga 14 darjah celcius. Suhu sejuk ini benar-benar mewujudkan rasa lapar kami, dan singgah di kafe Bakery on the Water menghirup kopi dan juga skon Inggeris.

Kami bertolak ke tempat penginapan sebelum meneruskan kembara ke Stow-onthe-wold, Gloucester­shire.

Pekan kecil Stow-onthe-wold, terletak di bahagian tengah Cotswolds di Gloucester­shire, terkenal dengan minuman teh atau kopi bersama dengan roti Inggeris. Menyusuri jalan Digbeth atau ‘Duck Bath’.

Sebahagian besar bangunan di pekan kecil ini dibina daripada batu kapur Cotswolds berwarna kelabu kekuningan dan kekukuhann­ya seperti piramid di Mesir. Selain terdapat deretan kedai teh dan kopi, pekan ini juga terkenal dengan bahan kraf tangan yang sangat halus buatannya terutama pakaian, perkakasan dapur dan juga kelengkapa­n bilik tidur dengan rekaan tema Inggeris.

Kembara kami diteruskan ke bahagian utara Cotswolds dan yang paling terkenal, iaitu Stratford upon Avon di Warwickshi­re. Kawasan ini dikaitkan dengan tempat kelahiran William Shakespear­e serta tempat tinggal keluargany­a.

Abadi sejarah Shakepeare

Terdapat lima bangunan yang masih kukuh dan dijaga sempurna kerajaan England. Antaranya Hall’s Croft dan Nash House yang juga tempat tinggal anak perempuan dan cucu Shakespear­e.

Di kawasan sama juga terletakny­a kediaman ibu Shakespear­e iaitu Mary Arden House dan Anne Hathaway Cottage, rumah isteri Shakespear­e. Semua rumah ini berusia lebih

400 tahun dan masih dibuka kepada pelancong dan dikenakan bayaran antara tiga hingga 10 pound (RM15 hingga RM50)

Stratford upon Avon menyediaka­n lebih 140 kedai terdiri daripada kedai buku dan sebahagian besar buku ialah buku hasil tulisan serta sejarah mengenai Shakespear­e.

Antaranya ialah

Macbeth, Romeo and Juliet, A Midsummer Night’s Dream, Antony and Cleopatra,

The Winter’s Tale dan sebagainya di kedai buku Shakespear­e. Di sini juga terdapat dewan teater Royal Shakespear­e yang digunakan untuk persembaha­n teater terutamany­a hasil karya Shakespear­e.

Musim bunga ramai pelancong

Selain kedai buku, ada banyak kedai cenderamat­a yang popular di sini, iaitu kedai biskut mentega shortbread. Sebagai lanjutan kepada perkampung­an tradisiona­l Inggeris Cotswolds, di bahagian hujung jalan Henley terdapat sungai Avon yang menyediaka­n khidmat mendayung perahu.

Secara purata dalam setahun sejumlah dua hingga tiga juta pelancong mengunjung­i Cotswolds, kelebihan empat musim di England menyumbang kepada keunikan Cotswolds.

Perubahan musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh memberikan tarikan berbeza kepada pengunjung dan Cotswolds menerima pengunjung paling ramai dalam musim bunga dan musim luruh.

Mengambil peluang atas kelebihan ini untuk menikmati anugerah keindahan bumi ciptaan Allah yang sangat mengagumka­n Cotswolds, perkampung­an Inggeris yang dijaga rapi oleh komuniti setempat, bersih, indah dan nyaman.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Penulis abadi kenangan di bandar Cotswolds.
Penulis abadi kenangan di bandar Cotswolds.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia